KFC Brazil Buat Baju Rupa Ayam Goreng, Siap Boleh ‘Custom’ Guna Baju Sendiri
KFC Malaysia tak nak buat juga ke?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau selama ini anda hanya makan ayam goreng, kali ini jenama makanan segera terkenal KFC bawa pengalaman itu ke tahap yang agak luar biasa

Di Brazil, KFC tampil dengan kempen pelik tapi kreatif apabila menghasilkan pakaian yang membuatkan pemakainya kelihatan seperti seketul ayam goreng rangup.
Ya, bukan sekadar inspired by tapi betul-betul nampak macam baru keluar dari bucket ayam goreng.
Menerusi kempen dinamakan 'Tailor Made Couture', KFC Brazil menggunakan material khas ala sherpa untuk meniru tekstur ayam goreng rangup berwarna keemasan yang sinonim dengan jenama itu.
Material unik itu kemudian dijadikan pelbagai item fesyen seperti bucket hat, jaket, skirt, sneakers dan tote bag.
Apa yang lagi menarik, ini bukan sekadar koleksi merchandise

Untuk tempoh terhad dari 27 hingga 29 Mac, pelanggan di bandar São Bernardo do Campo dijemput ke cawangan utama KFC untuk sertai pengalaman ini.
Caranya mudah:
- Beli hidangan KFC (tunjuk resit sebagai bukti)
- Bawa pakaian sendiri
- Serahkan untuk diubah suai
Pakaian tersebut kemudian dihantar ke atelier tempatan untuk diolah secara manual menggunakan material ayam goreng tadi. Pelanggan akan menerima semula pakaian mereka beberapa minggu kemudian.


Menurut Pengarah Pemasaran KFC Brazil, Fernanda Harb, inisiatif ini bukan sekadar gimik
Ia bertujuan untuk menghargai pelanggan setia, memberi pengalaman peribadi yang unik dan mengeratkan hubungan antara jenama dan pengguna.
Pendek kata, bukan saja boleh makan KFC, sekarang boleh 'pakai' KFC sekali.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 