Ketahui Jenis Plastik Yang Selamat Untuk Microwave, Jangan Sembarangan Panaskan Bekas Makanan!

Make sure check dulu bekas makanan korang lepas ini okay!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kompas & Mingguan Wanita
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai orang suka panaskan makanan terus dalam bekas plastik, tapi adakah ia betul-betul selamat?

Ketuhar gelombang mikro memang memudahkan kerja kita, tetapi tak semua bekas makanan sesuai digunakan dalamnya.

Ramai yang tidak tahu jika tersalah guna, ada risiko bahan kimia meresap ke dalam makanan kita. Jom semak jenis-jenis bekas yang selamat dan bahaya, supaya anda boleh guna microwave dengan lebih yakin!

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kompas

1. Cari label 'Microwave Safe' pada bekas plastik

Kalau tak ada label ini, jangan ambil risiko. Label ini biasanya berbentuk simbol ketuhar mikro atau perkataan 'Microwave Safe'.

Ia menunjukkan bekas tersebut telah diuji dan disahkan tidak melepaskan bahan kimia berbahaya semasa dipanaskan. Jika tiada label, lebih baik pindahkan makanan anda ke pinggan kaca atau seramik.

2. Elakkan guna bekas plastik jenis lama atau kitar semula

Bekas plastik lama mungkin mengandungi BPA atau bahan kimia lain yang tak selamat. Plastik jenis ini berpotensi meresap bahan toksik ke dalam makanan bila dipanaskan.

Kalau bekas itu sudah nampak kusam, bercalar, atau anda tak pasti asal-usulnya, lebih baik jangan guna dalam microwave.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Miss Murai

3. Kaca dan seramik biasanya lebih selamat

Pinggan kaca dan seramik (tanpa hiasan metalik) sangat sesuai digunakan dalam ketuhar mikro. Ia tak bertindak balas dengan makanan dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

4. Elak guna bekas styrofoam atau polisterin

Styrofoam boleh cair dan lepaskan toksin bila dipanaskan. Walaupun ada sesetengah jenis styrofoam dilabel selamat, kebanyakannya tidak sesuai untuk penggunaan dalam suhu tinggi. Risikonya terlalu besar, jadi elakkan terus.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Persatuan Bangsa Johor (Facebook)

5. Tanggalkan penutup plastik atau buka sedikit

Tekanan haba boleh menyebabkan letupan kecil atau wap terperangkap. Jika panaskan makanan dalam bekas bertutup, pastikan penutup tidak dipasang ketat. Biarkan sedikit ruang untuk wap keluar agar bekas tidak 'meletup' dalam microwave.

6. Guna wrap plastik khas sahaja

Jangan guna plastik pembalut biasa! Kalau nak tutup makanan dengan plastik wrap, pastikan ia jenis 'microwave safe'. Plastik biasa boleh cair dan menitis ke makanan serta berisiko tinggi untuk kesihatan anda.

7. Elakkan bekas dengan unsur logam

Logam tak sesuai dalam microwave kerana ia boleh menghasilkan percikan api. Ini termasuk pinggan dengan corak berwarna emas atau perak. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada ketuhar atau bahkan kebakaran kecil.

Panaskan makanan memang cepat dan mudah, tapi kesihatan jangka panjang tak patut dikorbankan. Kalau anda ragu-ragu, lebih baik pilih bekas kaca atau seramik. Confirm selamat dan tahan lama!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: