Kereta Mula Tenggelam? Ini Tindakan Pantas Yang Boleh Selamatkan Nyawa Anda

Ingat langkah-langkah ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Toc & Mothership
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bayangkan sedang memandu seperti biasa, tiba-tiba kereta hilang kawalan dan terjunam ke dalam sungai atau tasik

Panik mula menguasai diri, air mula masuk, dan masa makin suntuk.

Dalam situasi begini, setiap saat sangat berharga. Ramai menyangka mereka ada banyak masa untuk bertindak, tapi hakikatnya, kereta boleh tenggelam sepenuhnya dalam masa 1 hingga 2 minit sahaja dan kadangkala lebih cepat.

Masa kritikal untuk sebuah kereta tenggelam sepenuhnya selepas terjunam ke dalam air adalah lebih singkat daripada yang ramai sangka.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Carz

Masa Kritikal: Sekitar 30 saat hingga 2 minit pertama

0–30 saat pertama:

Kereta masih terapung, air mula masuk perlahan-lahan melalui celah pintu, saluran udara, atau rekahan kecil. Ini adalah masa terbaik untuk bertindak keluar.

Pintu masih boleh dibuka, tapi perlu cepat. Tekanan air belum cukup kuat untuk 'mengunci' pintu.

Selepas 30-60 saat:

Air semakin banyak masuk ke dalam kabin, kereta mula condong atau menjunam ke satu sisi. Pada fasa ini, tekanan dari luar mungkin menyukarkan pintu dibuka, dan tetingkap kuasa elektrik mungkin sudah tidak berfungsi.

1–2 minit terakhir:

Kereta biasanya akan tenggelam sepenuhnya, bergantung pada saiz dan berat. Buih udara berkurangan, dan ruang bernafas makin terhad. Inilah saat kritikal untuk keluar melalui tingkap atau pecahkan cermin jika perlu.

Apa tindakan anda perlu lakukan jika kereta tenggelam?

Kejadian kereta terperangkap dalam banjir atau jatuh ke dalam sungai bukan lagi perkara luar biasa di Malaysia. Dengan cuaca yang tak menentu dan hujan lebat yang kerap, situasi cemas ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Dalam situasi sebegini, masa sangat kritikal. Beberapa saat boleh jadi beza antara hidup dan maut. Jadi, apa yang perlu anda buat kalau kereta tiba-tiba mula tenggelam?

Kekal tenang dan jangan buang masa telefon bantuan

Masa adalah segalanya. Dalam 30 saat pertama, penting untuk bertenang dan fokus. Jangan buang masa telefon 999 atau rakan, kerana bantuan tidak akan sampai dalam masa seminit.

Gunakan saat kritikal ini untuk keluar dari kereta secepat mungkin.

Cabut tali pinggang keledar segera

Ramai orang panik dan lupa nak buka tali pinggang keledar ini boleh perlahan proses menyelamat. Pastikan anda dan semua penumpang cabut tali pinggang dahulu, terutama kanak-kanak.

Turunkan tingkap sebelum air tinggi

Sebaik saja kereta mula tenggelam, tingkap elektrik masih boleh berfungsi dalam beberapa saat. Gunakan peluang ini untuk turunkan tingkap.

Kalau anda tunggu terlalu lama, tekanan air dari luar akan menyukarkan pintu dibuka dan tingkap mungkin tidak boleh diturunkan langsung.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Keluar melalui tingkap, bukan pintu

Ramai cuba tolak pintu kereta tetapi bila air dah memenuhi ruang luar, tekanan menjadikannya hampir mustahil.

Gunakan tingkap untuk keluar, dan bantu penumpang lain terutama kanak-kanak.

Kalau tingkap tak boleh diturunkan:

  • Gunakan objek tajam (alat pemecah cermin, headrest, atau benda berat) untuk pecahkan cermin sisi.

Jangan ambil barang peribadi

Dalam situasi genting, nyawa lebih penting daripada beg tangan, telefon atau dompet. Ramai yang lambat keluar kerana cuba selamatkan barang.

Ingat: setiap saat sangat berharga.

Latih ahli keluarga dengan senario ini

Buat latihan simulasi bersama keluarga, terutamanya jika anda sering memandu melalui kawasan rendah atau berisiko banjir. Ajarkan anak:

  • Cara buka tali pinggang
  • Keluar ikut tingkap
  • Jangan panik atau tunggu arahan terlalu lama

Situasi kereta tenggelam memang menakutkan, tapi dengan pengetahuan dan tindakan pantas, anda boleh selamatkan nyawa sendiri dan orang tersayang.

Beringat sebelum kena. Simpan alat pemecah cermin dalam kereta, dan biasakan diri dengan SOP kecemasan ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: