Kerajaan Thailand Isytihar Cuti 5 Hari Sempena Tahun Baharu 2026 Untuk Semua Rakyat

Langkah itu bertujuan merancakkan pelancongan domestik serta membantu peniaga tempatan yang masih dalam proses pemulihan ekonomi.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Unsplash & Internationalliving
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan Thailand meluluskan cuti umum tambahan sempena Tahun Baharu dengan menetapkan Jumaat, 2 Januari 2026 sebagai cuti khas

Ini bermakna rakyat Thailand bakal menikmati cuti panjang lima hari bermula Rabu, 31 Disember 2025 hingga Ahad, 4 Januari 2026.

Menurut Bangkok Post, langkah itu bertujuan merancakkan pelancongan domestik serta membantu peniaga tempatan yang masih dalam proses pemulihan ekonomi.

Image via whereintheworldisnina

Jurucakap kerajaan memaklumkan cuti panjang ini dijangka menggalakkan lebih ramai rakyat melancong, menginap di hotel dan berbelanja untuk makanan serta aktiviti.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand turut bersiap sedia dengan pelbagai promosi dan pakej perjalanan di bandar-bandar utama bagi memanfaatkan hujung minggu yang panjang itu

Image via Roohtravel

Walaupun bank akan ditutup pada 2 Januari, syarikat swasta diberi pilihan untuk mengambil cuti atau tidak jadi pekerja dinasihatkan menyemak dengan pihak HR sebelum merancang percutian tepi pantai.

Dengan tempoh cuti dari 31 Disember hingga 4 Januari, destinasi pelancongan popular di Thailand dijangka menerima kunjungan lebih ramai pelancong.

Jika anda mahu ke Thailand pada tarikh ini, dinasihatkan untuk menempah penginapan dan pengangkutan lebih awal serta bersedia dengan masa perjalanan tambahan bagi mengelakkan kesesakan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: