Kenduri Senja By Demangan Perkenal Buffet Ramadan Bertemakan Melayu Klasik Di WG Glassville, Kajang

Kenduri Senja mempertaruhkan lebih daripada 100 jenis menu yang akan bertukar pada setiap minggu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Akmal Redzwan/SEISMIK
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Demangan, sebuah restoran yang mengangkat tema Melayu Klasik, secara rasminya memperkenalkan Kenduri Senja, sebuah pengalaman bufet Ramadan yang unik dan sarat dengan nilai tradisi

Bertempat di lokasi moden WG Glassville, Kajang, acara ini bakal berlangsung bermula 21 Februari sehingga 17 Mac 2026. Kenduri Senja membawakan konsep "kenduri kampung" yang memfokuskan kepada keaslian masakan dari Selatan Semenanjung Malaysia, merangkumi resipi warisan dari Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Menurut wakil Demangan, Kenduri Senja direka bukan sekadar bufet makanan, tetapi satu ruang untuk orang ramai kembali merasai makna berbuka puasa secara berjemaah dalam suasana yang penuh keakraban.

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK

Bagi menghidupkan suasana nostalgia, para pengunjung akan ditemani oleh:

  • Dekorasi Melayu Klasik yang menyeluruh di seluruh ruang makan.
  • Alunan lagu-lagu nostalgia daripada era 80-an dan 90-an.
  • Demonstrasi masakan langsung (live cooking) dan pelbagai booth masakan kampung.

Menampilkan "killer menu" dan masakan warisan selatan

Kenduri Senja mempertaruhkan lebih daripada 100 jenis menu yang akan bertukar pada setiap minggu. Antara hidangan signature dan "killer menu" yang menjadi tarikan utama termasuklah:

  • Kari Kepala Jenahak
  • Kambing Golek
  • Lontong Goreng Johor
  • Seafood Bakar


Semua hidangan ini disediakan berdasarkan resipi tradisi yang jarang ditemui dalam bufet Ramadan biasa, bagi memastikan keaslian rasa tetap terjaga.

SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK

Demangan menawarkan kadar harga yang berpatutan untuk pelbagai lapisan pengunjung, dengan kapasiti melebihi 200 orang setiap hari:

  • Dewasa: RM89.00.
  • Warga Emas / OKU: RM69.00.
  • Kanak-kanak (5–12 tahun): RM45.00.
  • Bayi (0–3 tahun): Percuma.

Bagi mereka yang merancang lebih awal, promosi Early Bird ditawarkan pada harga RM75.00 (Dewasa) untuk pembelian antara 21 Januari hingga 31 Januari 2026. Selain itu, pakej pembelian korporat turut tersedia di mana setiap pembelian 9 tiket layak menerima 1 tiket percuma.

Untuk info, ditubuhkan pada tahun 2025 dan berpusat di Bandar Baru Bangi, Demangan komited untuk mengangkat nilai budaya dan warisan dalam setiap pengalaman gastronomi mereka melalui slogan "Bila Rasa Bertemu Budaya".

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh menghubungi:

  • WhatsApp: +60 11-1310 5820
  • Instagram/TikTok: @demangan.bangi
SAYS.com
Image via Akmal Redzwan/SEISMIK

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: