Kenduri Kahwin Buat Konsep Unik & Imbau Nostalgia Lama, Pengantin Siap Pakai Hand Bouquet ‘Petai’
Sekali sekala buat konsep kenduri macam ini seronok juga kan. Nostalgia!
Cover image via @seniorizz (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi suasana kenduri kahwin yang dikunjunginya menggunakan konsep pasar tani telah mencuri tumpuan ramai
Menerusi video yang tular di laman Threads, tema kenduri kahwin tersebut ternyata mengimbau kenangan lama dan terasa seperti berada di zaman dahulu.
Apa yang lebih menarik lagi, terdapat banyak booth seperti Kedai Runcit Umar, Kedai Kuih Madiah, Kedai Sayur Anggun, Jajan dan macam-macam lagi.


Bukan itu sahaja, pengantin perempuan juga menggayakan hand bouquet petai yang digubah cantik bersama kuntuman bunga
"Tak pernah lagi tau gi wedding pengantin hand bouquet ada Petai, dapat anak ikan & bawak balik sayur. Rare betul wedding member saya ni! Love the concept & vision pengantin. She so bold, details ya. Kami as a guest happy betul, rasa nostalgic sgt!" katanya.


Lihat ciapan penuh di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



