Kenapa Demam Lebih Kerap Muncul Waktu Malam & Bila Sebenarnya Kita Perlu Makan Ubat?

Sekarang dah tahu kenapa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kompas & Inside Investigator
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pernah tak anda rasa sihat dan bertenaga sepanjang hari, tapi sebaik sahaja malam menjelang, badan tiba-tiba panas, kepala terasa berat, dan menggigil sehingga susah untuk melelapkan mata?

Fenomena ini bukan sahaja mengganggu rutin malam, malah membuatkan kita tertanya-tanya mengapa demam seolah-olah "menunggu malam" untuk muncul.

Situasi ini sering membingungkan ramai orang kerana badan kita kelihatan normal pada siang hari, tetapi tanda-tanda demam menjadi lebih ketara apabila malam tiba, menimbulkan rasa tidak selesa dan kebimbangan tentang kesihatan.

SAYS.com
Image via Publich Helth Malaysia

Kenapa kerap datang waktu malam?

Menerusi perkongsian daripada Public Health Malaysia, sebenarnya fenomena demam yang kerap memuncak pada waktu malam boleh dijelaskan melalui perubahan hormon dalam badan.

Pada waktu malam, paras kortisol menurun. Hormon ini berperanan sebagai "brek" kepada sistem imun, dan apabila fungsinya berkurang, sistem imun menjadi lebih aktif.

Ia kemudiannya melepaskan bahan kimia yang dikenali sebagai cytokine, termasuk IL-1, IL-6 dan TNF-α, bagi melawan jangkitan virus.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Halo Doc

Namun begitu, tindak balas ini mempunyai kesan sampingan. Cytokine yang dilepaskan akan "reset" tetapan suhu dalam otak, khususnya hipotalamus.

Otak mula menganggap suhu badan normal 37°C terlalu rendah dan menetapkan "set point" baru, contohnya 38.5°C. Akibatnya, badan akan:

  • Mengecutkan salur darah untuk mengurangkan kehilangan haba
  • Menggigil dengan kuat bagi menghasilkan haba tambahan

Inilah sebab kita menggigil walaupun badan terasa panas. Apabila suhu badan mencapai set point baru, kulit menjadi merah dan wajah terasa hangat.

Menjelang pagi, apabila paras cytokine menurun semula, suhu badan mula turun dan kita mengalami peluh berlebihan. Fenomena inilah yang menjadikan demam akibat virus biasanya memuncak pada waktu malam.


Perlu ke makan ubat demam?

Menurut PHM, sebenarnya ubat seperti paracetamol tidak menghalang badan daripada berjuang melawan jangkitan.

Ia hanya berfungsi untuk mengurangkan ketidakselesaan, membolehkan kita berehat dengan lebih baik, tidur secukupnya, dan memastikan pengambilan cecair mencukupi.

Pengambilan ubat disyorkan sekiranya suhu badan melebihi 38.5°C, atau jika badan terlalu sakit sehingga mengganggu keupayaan untuk berehat.

Penting untuk diingat bahawa demam bukan musuh, sebaliknya ia merupakan tanda bahawa tubuh sedang berusaha melawan virus atau bakteria.

SAYS.com
Image via The Asian Parent

Yang paling utama, sokong tubuh dengan memberi masa untuk berehat, memastikan pengambilan air yang mencukupi, dan jangan abaikan rasa lemah itu sendirian.

Tubuh memerlukan perhatian dan penjagaan sewajarnya untuk pulih dengan lebih cepat.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: