Kenali Xanana Gusmão, Ini 6 Fakta Perdana Menteri Timor-Leste Yang Buat Ramai Kagum
Memang banyak fakta menarik pasal beliau.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda mengikuti Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, pasti anda perasan kelibat seorang figura yang sedikit berbeza daripada barisan pemimpin serantau lain
Individu itu tidak lain tidak bukan ialah Perdana Menteri Timor-Leste, José Alexandre "Xanana" Gusmão iaitu seorang tokoh yang karismatik, bersahaja, dan sentiasa mencuri tumpuan dengan gaya santainya yang penuh selamba.
Sikap lucunya di pentas diplomatik dan cara beliau berinteraksi tanpa protokol berlebihan menjadikan Gusmão watak kegemaran warganet, khususnya dalam kalangan rakyat Malaysia yang terpikat dengan keperibadiannya yang spontan dan menghiburkan.
Bagi yang masih samar dengan namanya, anda mungkin mengenalinya melalui video tular Sidang Kemuncak ASEAN sebelum ini, ketika Gusmão dilihat dengan selamba menghulurkan gula-gula kepada pihak media.
Lihat sendiri momen tersebut di bawah:
Berikut beberapa fakta menarik tentang pemimpin karismatik ini yang mungkin anda tak pernah tahu:
1. Berjuang habis-habisan demi kemerdekaan Timor-Leste
Jangan tertipu dengan wajah ceria Xanana Gusmão di sebalik senyumannya, tersimpan kisah perjuangan yang penuh getir.
Selepas tentera Indonesia menyerang Timor-Leste pada tahun 1975, tak lama selepas negara itu merdeka dari Portugal, Gusmão tampil sebagai antara watak penting dalam gerakan penentangan.
Menjelang tahun 1981, beliau dilantik sebagai Komander Tertinggi Angkatan Bersenjata Pembebasan Nasional Timor-Leste (FALINTIL) mengetuai perjuangan rakyatnya untuk merdeka dengan penuh keberanian dan keteguhan jiwa.

2. Pernah dipenjara 7 tahun demi tanah air
Bayangkan, selepas 17 tahun berjuang sebagai pejuang gerila, Gusmão akhirnya ditangkap oleh tentera Indonesia pada November 1992. Hukuman? Penjara seumur hidup.
Namun semangatnya langsung tak luntur. Dari balik jeriji besi, beliau tetap memimpin perjuangan rakyat Timor-Leste dan menarik perhatian dunia sehingga tokoh besar seperti Nelson Mandela sendiri datang melawatnya.
Berkat tekanan antarabangsa dan referendum yang diselia PBB, Gusmão akhirnya dibebaskan pada September 1999 yang menandakan satu langkah besar menuju kemerdekaan sebenar Timor-Leste.

Gusmão kembali ke Timor-Leste selepas dibebaskan pada tahun 1999.
Image via3. Seorang penulis hebat & jiwa seni sejati
Walaupun dipenjara, Gusmão tak biarkan hidupnya terhenti di situ. Di sebalik jeriji besi, beliau menyalurkan jiwa seninya melalui lukisan dan puisi.
Karya puisinya Mauberíadas pernah memenangi Hadiah Puisi Timor pada tahun 1975. Malah, beliau terus berkarya walaupun dalam tahanan menghasilkan nukilan seperti I'm at War, Grandfather Crocodile dan Oh! Freedom!. Hasil jualan lukisannya pula disalurkan untuk menyokong perjuangan kemerdekaan.
Sepanjang tempoh dipenjara, Gusmão sempat juga belajar Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris dan Undang-undang — bukti yang dia tak pernah berhenti menimba ilmu.
Kemudian, semua tulisan dan pengalaman hidupnya dihimpunkan dalam autobiografi berjudul To Resist Is to Win. Beliau turut menjadi narator bagi dokumentari "A Hero's Journey / Where the Sun Rises" (2006) yang mengisahkan perjuangannya membebaskan Timor-Leste.

4. Kini kembali sebagai perdana menteri Timor-Leste
Lepas tamat penggal lima tahun sebagai presiden, Gusmão dilantik pula sebagai Perdana Menteri pada tahun 2007 dan berkhidmat selama dua penggal.
Beliau sempat berundur pada tahun 2015 dengan alasan mahu beri ruang kepada generasi baharu.
Tapi nampaknya rakyat masih menaruh harapan besar padanya apabila partinya menang pilihan raya 2023, Gusmão kembali semula ke kerusi perdana menteri, kali ini sebagai pemimpin ke-10 negara itu.

5. Tak dapat tahan air mata bila bendera Timor-Leste naik bersama ASEAN
Selepas 14 tahun menunggu, akhirnya Timor-Leste diterima sebagai ahli penuh ASEAN ke-11 pada 26 Oktober lalu.
Ketika upacara pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, detik bendera Timor-Leste dikibarkan bersama bendera negara anggota lain cukup menyentuh hati.
Gusmão dilihat mengalirkan air mata sewaktu menandatangani pengisytiharan kemasukan, ia adalah satu momen bersejarah yang penuh emosi buat negaranya.

6. Nama nickname ada asal-usul Amerika
Percaya tak, nama "Xanana" sebenarnya inspirasi daripada kumpulan rock and roll Amerika, Sha Na Na?.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 