28 Kenangan Manis Budak-Budak Asrama Yang Tiada Galang Gantinya. Serius Seronok!
#sayangketatsendatpadat.
Cover image via SAYS1. Setakat kena suruh dengan senior tu dah jadi 'alah bisa tegal biasa' untuk budak-budak junior
Biasalah tu, dah nama pun *junior* kan. Mesti *senior* akan suruh basuhkan baju, gosokkan baju, kemaskan bilik, pergi ambil air kat DM, tolong urut badan, pergi beli makanan, dan macam-macam lagi.
2. Masa PJ, budak-budak lelaki semua kena paksa main ragbi
Kalau anda nak tahu, SBP memang agak terkenal dengan sukan ragbi.
3. Kau automatik akan jadi famous kalau kau power main ragbi
Lagi-lagi kalau kau main *stand off*. Ataupun kalau kau *handsome*.
Image via SAYS
4. Bosan duduk sekolah? Jom 'fly'!
*'Fly'* pergi CC sebab nak main *game* je sebenarnya. Lepas tu lepak mamak sampai ke pagi.
5. Bila dah 'fly', pergi kelas esoknya semua barai
"Eh, pukul 1 dah? Ok jom balik."
6. Mesti akan ada sorang yang up-to-date dengan gajet-gajet terbaru
Nokia baru *launch* telefon baru? Dia yang akan beli dulu.
MP3 baru wujud? Dia terus beli.
iPod tu apa? Oh, dia dah beli dah.
7. Kita akan dengar macam-macam versi cerita hantu yang penah terjadi kat sekolah
Paling popular semestinya nenek *locker*, makcik karipap, dan pontianak.
Image via www.froyoplus.com
8. Lepas dengar cerita hantu, semua pakat nak tidur sambung katil…
9. … lepas tu, semua orang nak tidur kat tengah
Hati-hati siapa yang tidur kat hujung.
Image via blogslucumenarik.blogspot.my
10. Siapa makan kat kantin hari-hari boleh dianggap kaya
Maklumlah, Dewan Makan atau DM dah sediakan makan minum 6 kali sehari. Jadi, buat apa nak makan kat kantin?
Image via SAYS
11. Bila ada Makan Beradab, kau rasa malam tu lah kau paling smart paling cantik sekali…
Image via SAYS
12. … sama jugak masa dinner akhir tahun form 5
Gigih semuanya *dress to impress*. Hashtag #barunakup.
13. Ada prep petang dan prep malam
Jujurnya, 90% masa dihabiskan hanya untuk borak-borak atau tidur. #truestory
14. Paling best, pergi kelas tak payah bawak beg berat-berat sebab dah ada personal locker kat belakang kelas
Tinggal nak beli mangga je. Bahaya kalau tak kunci *locker* nanti takut ada barang hilang secara automatik.
Image via SAYS
Eh, kenapa kunci dipanggil mangga ya? Ada siapa-siapa tahu?
15. Masuk Form 4, kita akan dapat kawan baru
Budak-budak *Form 4* baru menambahkan lagi jemaah dalam *batch*. Misi utama, cari yang mana paling cantik dan paling *handsome*.
Image via SAYS
16. … dan kehilangan rakan seperjuangan
Yang mana nak ambil subjek Akaun, terpaksalah tukar sekolah. Kebanyakan SBP tak ada *accounting course*.
17. Ada orang yang memilih untuk 'berjambu'
Jambu, atau lebih dikenali sebagai adik/abang/kakak angkat. Bila ada jambu, bolehlah lepak surau sama-sama sampai malam atau pergi makan sama-sama. Kan?
18. Students yang non-Muslims boleh kira pakai jari
Walaupun sikit, tapi diorang ni jugak yang paling pandai. Semua *top scorer* dalam kelas.
19. Mana yang rumah dekat, tiap-tiap minggu parents datang melawat
Inilah masanya untuk makan sedap-sedap! Mana yang jauh, terpaksalah menahan perut dan menahan rindu. Sob sob :'(
20. SBP lain semua kita anggap pesaing yang hebat. Agak anti jugak kadang-kadang.
Bila ada *tournament*, kita akan lawan sungguh-sungguh. *It is a matter of life and death*.
21. Kita cukup passionate dengan Rumah Sukan
Mana taknya, duduk *dorm* pun ikut Rumah Sukan masing-masing. Apa-apa pertandingan pun mesti mengikut Rumah Sukan.
22. Sebelum pergi kelas, kena pastikan bilik kemas, barang tersusun, dan cadar mesti tegang
Ini pun masuk dalam markah Rumah Sukan taw. Jangan main-main.
23. Kacau member tidur kat surau memang dah jadi hobi
Nasiblah kalau tertidur. Sedar-sedar tengok kau tinggal sorang-sorang je kat situ. *Member* lain semua saja je jauhkan diri, lepas tu gelak ramai-ramai.
24. Kem motivasi itu, kem motivasi ini, klinik belajar itu, klinik belajar ini, dan sewaktu dengannya
Lagi-lagi bila dah masuk *Form 5*, berapa banyak kem entah nak kena pergi. Orang lain boleh balik, kau kena *stay* kat sekolah.
Image via SAYS
25. Tipulah kalau korang tak pernah main sorok-sorok dengan warden asrama
Sanggup cari *port* menyorok semata-mata sebab tak nak pergi *prep*, malas pergi surau, dan sebab nak *skip* perhimpunan.
Image via SAYS
26. … tapi bila kantoi, you are finished!
Jatuh saham kalau kantoi. Lagi-lagi kalau kena denda depan khalayak ramai.
27. Karaoke everyday… in the toilet
Lagu Rock Kapak menjadi pilihan utama untuk dilaungkan beramai-ramai.
^ Salah satu lagu *favourite*.

