Kalkulator Musafir Ini Boleh Tentukan Sama Ada Perjalanan Anda Layak Atau Tidak Jamak & Qasar
Mudah ada platform macam ini.
Cover image via Azrul Edham Mohd Aminuddin/ Harian Metro & Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menjelang musim perayaan, ramai perantau mula pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tercinta
Namun, dalam perjalanan yang jauh itu, masih ada segelintir yang kurang pasti sama ada mereka layak menunaikan solat secara jamak dan qasar atau tidak.
Malah, persoalan seperti jarak perjalanan, tempoh bermusafir dan syarat-syarat tertentu sering menimbulkan kekeliruan, terutama bagi mereka yang jarang melakukan perjalanan jauh.
Akibatnya, ada yang ragu-ragu untuk menentukan sama ada mereka boleh memendekkan atau menghimpunkan solat ketika dalam perjalanan.

Platform mudah untuk membantu pengguna
Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X oleh pengguna @mnasrullah00 yang berkongsi sebuah laman web dikenali sebagai Kalkulator Musafir, iaitu platform mudah yang membantu pengguna menentukan sama ada perjalanan mereka layak untuk melakukan jamak dan qasar.
"Musim balik kampung ni korang boleh cuba pilot projek Kalkulator Musafir ini. Boleh tahu sama ada perjalanan tersebut dibenarkan untuk Jamak & Qasar atau tidak," tulisnya.
Melalui laman web tersebut, pengguna hanya perlu memasukkan maklumat perjalanan seperti lokasi dan jarak perjalanan untuk mengetahui status kelayakan mereka sebagai musafir.
Pendekatan ini sekali gus memudahkan orang ramai memahami hukum berkaitan solat ketika bermusafir tanpa perlu membuat kiraan secara manual.
Perkongsian itu turut mendapat reaksi positif daripada warganet yang memuji inisiatif berkenaan kerana mudah difahami dan sangat membantu, terutama ketika musim perjalanan pulang ke kampung yang melibatkan jarak jauh.
Ia juga dilihat sebagai satu usaha memanfaatkan teknologi bagi memudahkan umat Islam menunaikan ibadah dengan lebih yakin dan tepat.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kiraan kalkulator musafir ini, anda boleh sahaja klik di SINI
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



