Jururawat Siap Buat ‘Mini Mart’ Dalam Rumah – “Nak Masak Resipi Khairul Aming Pun Tak Perlu Keluar”

Siapa sangka, dengan disiplin dan sistem yang betul, rumah sendiri boleh jadi macam kedai runcit mini!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau orang lain panik bila bahan dapur tiba-tiba habis, lain pula ceritanya dengan seorang jururawat ini

Menurut laporan Sinar Harian, seorang wanita, Rumiza Sukri, 38, mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia mewujudkan 'mini mart' dalam rumahnya sendiri demi memastikan segala keperluan harian sentiasa cukup dan tak perlu ulang-alik ke pasar raya.

Lebih menarik lagi, susunan dalam rumahnya siap ikut kategori macam kedai runcit sebenar!

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menurut Rumiza, idea tersebut sudah lama diamalkan sejak dia menetap di rumah lama lagi, bermula dengan hanya satu rak kecil di rumah bujangnya.

Namun selepas berpindah ke Ipoh, 'mini mart' itu semakin berkembang sehingga kini mempunyai empat hingga lima rak yang dipenuhi stok barangan harian dan makanan kering.

Daripada sabun, pencuci pakaian, sabun basuh pinggan, sos, kicap sehinggalah biskut, semuanya tersusun rapi.

Bagi Rumiza, konsep mini mart ini bukan sekadar hobi menyusun barang, tetapi satu sistem yang sangat memudahkan kehidupan seharian

"Saya memang suka kumpul sabun dan barang wangi. Sabun cuci pinggan dan pencuci pakaian pun saya simpan. Saya tidak mahu rak nampak kosong.

"Jikalau malam-malam barang habis, tak perlu keluar beli. Kalau saudara datang pun tak risau sebab barang basah dan makanan memang ada
.

"Sekiranya saya kerja, suami sudah tahu dekat mana barang. Semua ada tempat khas, jadi senang nak ambil," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Amalan menyimpan stok secara teratur ini sebenarnya sudah dilakukan sejak lima hingga enam tahun lalu dan kini menjadi rutin tetap keluarga mereka.

Selain menjimatkan masa, ia juga memastikan bahan asas seperti tepung, sos dan bahan perapan tidak pernah kehabisan.

Rumiza dan suaminya pula memang gemar memasak. Jadi bila muncul resipi tular daripada pempengaruh terkenal seperti Khairul Aming, mereka tak perlu kalut cari bahan.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: