Jom Meriahkan Lagi Batik Run Harian Metro 2025 Pada 29 Jun Ini -“Daftar Sekarang!”
Mereka yang berminat boleh layari www.ticket2U.com.my untuk mendaftar.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Harian Metro bakal menganjurkan acara larian santai bertemakan 'Batik Run Harian Metro 2025' dalam usaha mendekatkan diri dengan pembaca setia selain mengangkat warisan tempatan menerusi aktiviti riadah seisi keluarga
Menurut Pengurus Besar Jabatan Pengedaran (PTSB), Prakash Munusamy, pemilihan tema batik sebagai elemen utama adalah untuk menyuntik kelainan serta memartabatkan warisan budaya negara dalam ruang yang lebih dinamik dan moden.
Katanya, penganjuran larian seperti ini akan menjadi pemangkin untuk kembali aktif dengan pelbagai program untuk pembaca seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Biasanya orang tak kaitkan batik dengan aktiviti fizikal seperti larian. Tapi kami nak ubah persepsi itu. Kita bawa elemen batik ke pentas sukan ringan macam fun run ini.
"Dulu kita ada banyak acara di bawah jenama Arena Metro. Sekarang ini kita nak hidupkan kembali semangat itu tapi dengan pendekatan yang lebih santai dan mesra keluarga," katanya.

Gambar sekadar hiasan
Image via Genes Gulitah via New Straits TimesProgram ini dijadualkan berlangsung pada 29 Jun di Dataran DBKL, Kuala Lumpur dan bakal menawarkan pelbagai tarikan menarik, termasuk bayaran penyertaan serendah RM45 bagi setiap peserta
Lebih menarik, setiap peserta yang mendaftar akan menerima perlindungan insurans, selain t-shirt bertemakan batik, pingat penyertaan, e-sijil, minuman tenaga secara percuma sepanjang larian serta beg cenderamata.
"Kita nak peserta rasa berbaloi. Walaupun bayaran murah, kita sediakan pengalaman yang lengkap dan menyeronokkan. Konsepnya mudah, datang sekejap, beriadah dan luangkan masa dengan keluarga," katanya.
Mereka yang berminat boleh layari www.ticket2U.com.my untuk mendaftar. Harian Metro menganggarkan seramai 1,000 hingga 1,500 peserta akan menyertai larian santai bersama keluarga.

Run Batik
Image via Harian MetroLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



