Jarak Usia 23 Tahun Bukan Halangan, Pemuda OKU Nikahi Ibu Tunggal Anak 4
Sesungguhnya jodoh tidak mengenal usia.
Cover image via Harian MetroFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cinta memang tidak mengenal usia, malah tak pernah peduli pada kekurangan fizikal
Itulah yang dibuktikan oleh pasangan Mohamad Aizat Aiman Halim, 28, dan Elya Sudirman, 51, yang selamat disatukan pada 12 November 2023 lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Elya yang merupakan ibu tunggal dengan empat orang anak memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama lelaki yang 23 tahun lebih muda daripadanya, malah berstatus orang kurang upaya (OKU) penglihatan kerana buta sebelah mata.
"Saya tak serik berkahwin walaupun perkahwinan sebelum ini berakhir dengan perpisahan selepas 27 tahun. Kami berkenalan di TikTok dan daripada awal saya sudah tahu suami lebih muda.
"Dia pun beritahu kekurangannya yang buta mata kiri akibat tercucuk besi ketika berumur 11 tahun. Bagi saya tak jadi masalah pun. Saya pun tak serik nak berkahwin.
"Lagipun anak sudah besar, tiga daripada empat anak saya pun sudah berumah tangga waktu itu jadi rasa perlu ada teman hidup. Ikutkan ramai lelaki nak mendekat termasuk yang berstatus suami orang tapi saya pilih suami sebab nampak kesungguhannya," katanya.

Lebih manis, perkahwinan mereka turut direstui kedua-dua belah keluarga
Malah, hubungan Elya dengan keluarga mentua sangat baik walaupun ibu mentuanya hanya dua tahun lebih tua daripadanya.
"Emak mentua hanya dua tahun lebih berusia daripada saya tapi kami okay saja malah saya sekarang pun kerja sebagai pembantu kedai makan keluarga suami di Sik, Kedah.
"Anak pun okay, semuanya boleh terima kerana umur mereka pun lebih kurang sebaya dengan suami.
"Suami pula pandai sesuaikan karakter ikut situasi kerana bila serius, dia lebih matang dan pandai juga ambil hati. Senang cerita, kami memang 'ngam' (serasi) dan paling penting, suami boleh bertolak ansur serta banyak juga bantu saya dalam kerja rumah," katanya lagi.

Sementara itu, Mohamad Aizat Aiman berkata, keikhlasan Elya menerima kekurangannya berjaya mencuri hatinya untuk memperisterikan wanita itu tanpa melihat faktor usia sebagai halangan
"Sebelum kenal isteri, saya memang ada berkawan dengan wanita lain dan sering ditolak. Boleh dikatakan penolakan itu perkara biasa yang saya lalui kerana selalunya waktu mula kawan okay tapi bila tahu saya OKU, ada yang terus hilangkan diri.
"Saya pun sedar diri tapi nampak keikhlasan isteri terima saya yang ada kekurangan kerana sebelum kahwin pun dia datang jumpa keluarga. Itu yang membuatkan hati saya terpikat sampai tak pandang orang lain," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



