Isu Wanita Dalam Haid Boleh Hadir Atau Tidak Ke Masjid Pada Hari Raya, Ini Jawapan UAI

Kehadiran mereka adalah untuk meraih keberkatan dan mendengar khutbah bersama jemaah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Gambar janaan AI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ramai dalam kalangan masyarakat kita sering beranggapan bahawa wanita yang sedang dalam keadaan haid dilarang sama sekali daripada menghampiri atau berada di kawasan masjid

Tanggapan ini kadangkala menimbulkan kekeliruan, sedangkan dalam situasi tertentu, terdapat kelonggaran yang diberikan dalam syariat.

Sebenarnya, orang perempuan yang sedang datang bulan atau haid dibolehkan untuk datang ke masjid ketika solat sunat hari raya bagi memeriahkan suasana dan mendengar khutbah.

SAYS.com
Image via @zul_mail (TikTok)

Kehadiran mereka bertujuan meraih keberkatan dan mendengar khutbah bersama jemaah lain

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, menerusi satu perkongsian video menjelaskan bahawa wanita yang sedang haid disunatkan untuk hadir ke masjid bagi memeriahkan suasana solat sunat hari raya.

Beliau memetik pesanan Nabi SAW agar wanita, termasuk yang tidak mempunyai tudung atau sedang dalam tempoh haid, tetap digalakkan hadir ke kawasan masjid.

Meskipun golongan ini dilarang mendirikan solat, kehadiran mereka bertujuan untuk meraih keberkatan serta bersama-sama jemaah lain mendengar khutbah.

Ustaz Azhar menegaskan bahawa walaupun hukum asal larangan solat bagi wanita haid tetap sama, keistimewaan solat raya terletak pada semangat perhimpunan untuk mengimarahkan dan meraikan hari kemenangan tersebut di kawasan masjid.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik