Isi Minyak Kini Lebih Jimat, Ikuti Cara Guna BUDI MADANI RON95 Dengan Betul

Mudah dan cepat je nak claim BUDI RON95 ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & NSTP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang ramai tahu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,Dato' Seri Anwar Ibrahim telah pun mengumumkan bahawa mulai 30 September 2025, Malaysia akan beralih kepada sistem subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) untuk manfaat rakyat

Berbanding harga pam petrol RON95 semasa iaitu RM2.05 seliter, rakyat Malaysia dapat membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter mulai 30 September 2025.

Bagi golongan yang tidak layak, seperti bukan warganegara, mereka akan membeli RON95 pada harga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Kewangan pada tahap tanpa subsidi, dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.

SAYS.com
Image via BUDI MADANI

Apa itu BUDI MADANI RON95?

BUDI MADANI RON95 (BUDI95) merupakan kesinambungan inisiatif Kerajaan MADANI dalam memastikan rakyat Malaysia terus menerima manfaat subsidi petrol RON95 secara berkesan dan tersasar.

Program ini bukan sahaja mengekalkan sokongan terhadap golongan yang layak, malah pada masa sama bertujuan mengekang ketirisan subsidi daripada terus dinikmati pihak yang tidak sepatutnya.

Melalui pelaksanaan BUDI95, subsidi petrol disalurkan dengan lebih sistematik agar benar-benar memberi kelegaan kepada golongan rakyat yang memerlukannya, sejajar dengan komitmen kerajaan dalam membina sistem sokongan yang lebih adil dan mampan.

Selain itu, skim ini turut merangkumi kenderaan awam dan komersial yang diluluskan, memastikan kos operasi mereka dapat dikawal dengan lebih baik.

Langkah ini sekaligus memberi impak positif kepada masyarakat secara menyeluruh kerana sektor pengangkutan awam dan logistik memainkan peranan penting dalam kestabilan harga barang dan perkhidmatan harian.


Pembayaran secara kad contactless/debit/credit

  1. Pastikan anda telah disahkan layak di www.budimadani.gov.my.
  2. Masukkan kad bank (debit/kredit) ke terminal pam dan pilih jumlah isian atau penuh.
  3. Masukkan MyKad ke slot untuk pengesahan subsidi.
  4. Tunggu sistem semak kelayakan:
    • Layak → harga bersubsidi automatik digunakan.
    • Tidak layak → caj ikut harga pasaran biasa.
  5. Pam petrol seperti biasa dan simpan resit sebagai bukti transaksi.
SAYS.com
Image via Bernama

    Bayaran di kaunter

    1. Serahkan MyKad di kaunter untuk semakan kelayakan.
    2. Juruwang akan maklumkan sama ada anda layak subsidi atau tidak.
    3. Beritahu nombor pam dan jumlah petrol yang ingin dibeli.
    4. Buat pembayaran melalui tunai, kad debit/kredit, atau eWallet.
    5. Setelah selesai, kembali ke pam dan isi petrol seperti biasa.
    6. Simpan resit transaksi sebagai rujukan.

    Menggunakan aplikasi stesen / e-wallet / aplikasi minyak

    1. Buka app rasmi stesen (atau e-wallet yang menyokong stesen itu). Login.
    2. Pilih lokasi stesen atau izinkan app guna lokasi anda. Pilih pump number.
    3. Pilih jenis bahan: BUDI95. Pilih sama ada jumlah (RM) atau "Fill tank" jika tersedia.
    4. Pastikan MyKad anda telah dipautkan atau akan digunakan di pam.
    5. Sahkan & buat pembayaran (wallet, kad tersimpan atau online). Anda akan terima pengesahan (transaction approved).
    6. Aplikasi akan unlock pam. Kembali ke pump dan mula pam.
    7. Selepas selesai, resit digital akan disimpan dalam aplikasi boleh semak transaksi.
    SAYS.com
    Image via NSTPImage via

    Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

    Image via SAYS Seismik
    Read more trending stories on SAYS

    You may be interested in: