iPhone 17 Pro & Pro Max Bawa Reka Bentuk Baharu, Kamera 48MP & Bateri Kini Tahan Lebih Lama
Pilihan warna baharu Cosmic Orange menarik perhatian warganet.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Detik yang dinantikan sudah tiba! Apple baru saja umumkan iPhone 17 Pro dan Pro Max dan kali ini ia memang kelihatan seperti penambahbaikan paling besar
Yang paling ketara adalah Apple meninggalkan Titanium dan kembali ke badan aluminium unibody Series 7000. Ia lebih ringan tapi tetap kukuh.
Warna menonjol baharu, Cosmic Orange

Tiga warna ditawarkan seperti perak elegan, biru gelap dan warna baharu yang sangat menonjol iaitu Cosmic Orange.
Depan belakang masih dilapisi Ceramic Shield 2 yang dikatakan tiga kali lebih tahan calar dan empat kali lebih susah retak. Skrin pula Super Retina XDR dengan ProMotion 120Hz, saiz 6.3 inci untuk Pro dan 6.9 inci untuk Pro Max, capai tahap kecerahan sampai 3,000 nits.
Kamera baru sehingga 8x zoom

Bahagian kamera pun banyak perubahan di mana telefoto kali ni bukan sekadar peningkatan megapiksel, tapi dilengkapi kamera baru iaitu 48MP dengan lensa 100mm f/2.8, mampu zoom optikal 4x dan digital sampai 200mm.
Dua lagi kamera belakang masih 48MP (wide dan ultrawide), sementara kamera depan baru 18MP berbentuk 1:1, lebih senang untuk swafoto beramai-ramai atau rakam video dengan fungsi boleh auto laras angle. Untuk video, Apple menambah sokongan ProRes RAW, Log 2, genlock, malah siap serasi dengan Final Cut Camera 2.0 dan Blackmagic Camera.
Vapor Chamber sesuai untuk gaming

Prestasi dalaman disokong cip 3nm A19 Pro dengan 6-core CPU dan GPU yang sokong ray tracing hardware. Neural Engine 16-core juga ditambah untuk kuasa 'Apple Intelligence'.
Buat pertama kali, iPhone Pro dilengkapi sistem penyejukan vapor chamber untuk elak cepat panas. Apple mengatakan prestasi model baru ini meningkat sebanyak 40% berbanding generasi sebelum ni.
Prestasi bateri terbaik pernah ada dalam iPhone

Nak main game atau browse lebih lama? Tak perlu risau kerana bateri pun jadi lebih besar. Apple juga mengatakan ia adalah 'bateri terbaik pernah ada dalam iPhone' dengan tambahan dua jam tontonan video dengan keseluruhannya adalah 39 jam.
Bagi pasaran Malaysia, anda boleh mula membuat pra-tempah untuk siri iPhone 17 Pro yang akan dibuka mulai 12 September dan secara rasminya akan dijual bermula 19 September kelak.
iPhone 17 Pro dengan storan 256GB akan ditawarkan pada harga RM5,499 manakala iPhone 17 Pro Max pula bermula dari RM5,999. Apple juga turut menyediakan pilihan storan terbesar sehingga 2TB dengan harga mencecah sehingga RM9,999.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



