IOI City Mall Ambil Inisiatif Besarkan Lagi Surau Untuk Keselesaan Jemaah Solat Jumaat
Terbaik IOI City Mall!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sejak mula menganjurkan solat Jumaat pada Ogos 2024, Musalla IOI City Mall di Putrajaya dilihat semakin mendapat sambutan daripada orang ramai
Dengan peningkatan jemaah yang ketara, pihak pengurusan pusat beli-belah itu kini mengambil langkah proaktif untuk menaik taraf kemudahan surau demi keselesaan pengunjung Muslim.
Perkembangan tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran video di media sosial yang memaklumkan usaha penambahbaikan sedang dijalankan.


"Terima kasih atas maklum balas anda, dan kami dalam proses menambah baik kemudahan musala ini.
"Kami akan terus mendengar keperluan dan keselesaan anda semua," kata Luqman, Pengerusi Jawatan Kuasa Musalla IOI City Mall.
Menurut perkongsian itu, ruang wuduk akan ditambah dan dijangka siap pada Februari nanti

Dalam masa yang sama, kawasan surau juga akan diperbesarkan secara berperingkat bagi menampung jumlah jemaah yang semakin meningkat.
Usaha tersebut ternyata menerima respon positif daripada warganet yang rata-rata memuji keprihatinan IOI City Mall terhadap keperluan umat Islam.
Malah, beberapa pengunjung turut mengambil peluang memberikan cadangan tambahan seperti pengurusan aliran jemaah yang lebih teratur serta penambahan kemudahan sokongan lain bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih selesa di pusat beli-belah berkenaan.




Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 