Ini Senarai Cuti Panjang & Cuti Umum Malaysia Tahun 2026, Dah Boleh Standby ‘Apply Leave’!

Masa untuk mula rancang percutian anda!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pejam celik pejam celik, tahun 2025 pun sudah hampir menutup tirainya

Sudah tentu ramai yang ingin merancang cuti untuk tahun 2026 pula kan? Oleh itu, berikut adalah panduan lengkap semua cuti panjang dan cuti umum di Malaysia bagi tahun 2026 supaya anda boleh mula menempah percutian (atau sekadar berehat di rumah).

Nota kaki: Sesetengah cuti panjang ini bergantung kepada negeri masing-masing, jadi pastikan anda semak jadual cuti negeri sebelum merancang perjalanan.

SAYS.com
Image via IZZ Premium Printing (Facebook)

Thaipusam & Hari Wilayah Persekutuan

31 Januari – 2 Februari (Sabtu hingga Isnin)

  • Thaipusam: Johor, KL, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor
  • Hari Wilayah Persekutuan: KL, Labuan & Putrajaya

Hari Raya Aidilfitri

21 Mac – 23 Mac (Sabtu hingga Isnin)

  • Cuti kebangsaan dijangka pada 21 & 22 Mac (Sabtu & Ahad), dan Isnin (23 Mac) mungkin dijadikan cuti ganti (bergantung kepada anak bulan)
  • Johor: Cuti 23 Mac (Isnin) sempena Hari Keputeraan Sultan
  • Melaka: Cuti 23 Mac (Isnin) sempena Aidilfitri

Good Friday (Sabah & Sarawak sahaja)

3 April – 5 April (Jumaat hingga Ahad)

Hari Pekerja

1 Mei – 3 Mei (Jumaat hingga Ahad)

  • Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei (Jumaat)
  • Kedah: Turut cuti pada 3 Mei (Ahad)

Hari Wesak & Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

30 Mei – 1 Jun (Sabtu hingga Isnin)

  • Hari Wesak: 31 Mei (Ahad)
  • Hari Keputeraan Agong: 1 Jun (Isnin)

Hari Kebangsaan (Merdeka)

29 Ogos – 31 Ogos (Sabtu hingga Isnin)

  • 31 Ogos (Isnin): Cuti umum kebangsaan sempena Hari Merdeka

Deepavali

8 November – 9 November (Ahad & Isnin)

  • 8 November (Ahad): Cuti kebangsaan kecuali Sarawak
  • Kedah, Kelantan, Sarawak & Terengganu: Tidak bercuti pada 9 November (Isnin)

Krismas

25 Disember – 27 Disember (Jumaat hingga Ahad)

  • Krismas: 25 Disember (Jumaat)
  • Kedah: Cuti 27 Disember (Ahad)
  • Sabah: Sambut Krismas Eve pada 24 Disember (Khamis)

Selain itu, anda juga boleh gunakan cuti tahunan untuk panjangkan hujung minggu anda

Tahun Baru

1 Januari – 4 Januari (Khamis hingga Ahad)

  • Ambil cuti pada 2 Januari (Jumaat)
  • 1 Januari: Cuti umum bagi semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

Tahun Baru Cina

16 Februari – 20 Februari (Isnin hingga Jumaat)

  • Ambil cuti pada 16 Februari (Isnin) untuk dapat cuti 5 hari berturut-turut
  • Cuti kebangsaan pada 17 – 18 Februari

Hari Raya Haji & Hari Arafah

26 Mei – 28 Mei (Rabu hingga Khamis)

  • Hari Arafah (26 Mei): Cuti di Kelantan & Terengganu
  • Ambil cuti 25 & 26 Mei (Isnin & Selasa) untuk dapat 5 hari berturut-turut
  • 28 Mei: Cuti di Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

Hari Wesak & Hari Keputeraan Agong

30 Mei – 2 Jun (Sabtu hingga Selasa)

  • Hari Wesak: 31 Mei (Ahad)
  • Jika negeri anda sambut Hari Raya Haji, Hari Wesak & Hari Keputeraan Agong, ambil cuti 28 Mei (Khamis) dan 29 Mei (Jumaat) untuk nikmati cuti 6 hari berturut-turut
  • 28 Mei: Sudah cuti bagi Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu

Awal Muharam

17 Jun (Rabu)

  • Ambil 2 hari cuti sebelum atau selepas tarikh ini untuk cuti 5 hari berturut-turut.

Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW)

25 Ogos (Selasa)

  • 25 Ogos: Cuti kebangsaan
  • Ambil cuti 24 Ogos (Isnin) untuk dapat cuti 4 hari

Hari Malaysia

16 September (Rabu)

  • Ambil 2 hari cuti sebelum atau selepas tarikh ini untuk cuti 5 hari berturut-turut

Anda boleh semak kalendar penuh cuti umum 2026 di pautan rasmi ini. Selamat bercuti in advanced!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: