Ini Panduan Semak Kelayakan Manfaat BUDI95 Dengan Harga Minyak RM1.99
Ciri semakan kelayakan BUDI95 di laman web rasmi telah dilancarkan hari ini, 25 September.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan bakal melaksanakan harga baharu petrol RON95 bersubsidi pada kadar RM1.99 seliter khusus untuk rakyat Malaysia yang layak, bermula 30 September ini
Melalui Program Subsidi Bersasar Petrol BUDI95, setiap warganegara Malaysia yang layak boleh menikmati subsidi dengan hanya menggunakan MyKad sebagai pengesahan status di stesen minyak.
Di bawah program ini, mereka akan menerima kuota bulanan sehingga 300 liter petrol, yang dianggarkan bernilai hampir RM600 dalam bentuk subsidi bahan api.
BUDI95 merupakan inisiatif kerajaan bagi memastikan bantuan subsidi disalurkan secara lebih tepat kepada golongan sasaran, di samping mengekang ketirisan seperti penyeludupan dan salah guna subsidi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Program ini bukan sahaja membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, malah memastikan penjimatan negara dapat disalurkan semula untuk pembangunan dan kesejahteraan masyarakat.
Berikut adalah cara untuk menyemak kelayakan anda:
1. Layari laman web rasmi BUDI MADANI
Klik di sini untuk ke laman web tersebut.

2. Klik 'BUDI MADANI RON95'

3. Klik 'BUDI MADANI INDIVIDU 95'

Butang ini adalah untuk individu. Bagi kenderaan awam dan pengangkutan barangan terpilih, pilih 'BUDI MADANI MySubsidi'.
4. Masukkan nombor MyKad anda dan pilih 'Semak Kelayakan'

5. Halaman tersebut akan memaklumkan sama ada anda layak menerima BUDI95 dan juga penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pastikan anda turut menyemak kelayakan ahli keluarga anda.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 