Ini Cara Tempah Rapid KL On-Demand Dengan Harga Bermula Dari RM1

Rapid KL On-Demand beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Prasarana & Lowyat.net
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, sistem pengangkutan awam di Lembah Klang kini semakin baik, tetapi bukan semua kawasan perumahan ada akses terus ke stesen MRT atau LRT

Di sinilah servis Rapid KL On-Demand memainkan peranan. Rapid KL On-Demand ialah perkhidmatan shuttle mini yang membolehkan anda menempah van Rapid KL dari kawasan terpilih terus ke hab transit berdekatan, dengan tambang serendah RM1 sahaja!

Berbeza dengan bas laluan tetap, anda boleh pilih sendiri lokasi pick-up dan drop-off dalam zon yang ditetapkan. Caranya mudah saja, hanya perlu buat tempahan melalui aplikasi Rapid On-Demand atau MyRapid PULSE. Ia beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam.

Selain itu, anda juga boleh guna aplikasi Kummute, Trek, atau Mobi untuk buat tempahan di kawasan tertentu.

SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)

Lokasi perkhidmatan

Setiap zon dilengkapi liputan yang dihubungkan terus ke stesen LRT, MRT, atau KTM terdekat. Jadi, ia lebih mudah untuk lengkapkan perjalanan harian anda.

Servis ini ditawarkan di beberapa zon terpilih sekitar Lembah Klang, antaranya:

Rapid On-Demand

  • MRT Semantan – KTM Segambut
  • MRT Bukit Dukung – Sg Sekamat
  • MRT Sg Buloh – Bandar Rahman Putra
  • MRT Serdang Raya Selatan – Taman Bukit Serdang
  • MRT Metro Prima – Taman Botani Kepong (FRIM)
  • MRT Kentonmen – Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC)
  • MRT Sg Jernih – Taman Puncak Saujana
  • MRT Serdang Raya Utara – Pavilion Bukit Jalil
  • MRT Taman Equine – Lestari Perdana
  • MRT Metro Prima – Taman Bukit Maluri
  • MRT Sri Delima – Sri Segambut
  • MRT Kwasa Sentral – Subang Bestari/Subang Skypark Terminal
  • MRT Semantan – Menara DBKL
  • MRT Metro Prima – Taman Beringin
  • MRT Putrajaya Sentral – Presint 1
  • MRT Cyberjaya City Centre – Cyberjaya
  • CBD Kuala Lumpur
  • MRT UPM – IOI City Mall
  • LRT Kelana Jaya – Taman SEA/Damansara Jaya
  • LRT Gombak – Taman Selaseh/IIUM
  • Dato Menteri – KTM Shah Alam
  • KTM Padang Jawa – Terminal 17
  • KTM Padang Jawa – Seksyen 7
  • U12 Cahaya Alam
  • Bandar Baru Klang
  • KTM Klang – Batu Belah
  • Taman Summit
  • KTM Klang – Teluk Gadong
  • Sri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Puteri
SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)

Kummute

  • LRT Sri Rampai – Giant Ulu Kelang
  • Danau Kota – Jalan Genting Kelang
  • LRT Wangsa Maju – Sri Rampai
  • Titiwangsa – Chow Kit
  • Taman Genting Setapak – Setapak
  • MRT Putrajaya Sentral – Presint 11
  • Taman Medan – Jalan Klang Lama
  • LRT Alam Megah – Alam Megah
  • LRT Taman Bahagia – SS6
  • LRT Taman Paramount – Kampung Baiduri
  • MRT Putrajaya Sentral – Putrajaya International Convention Centre (PICC)
  • MRT Putrajaya Sentral – Cybersouth / Dengkil
  • Desa Pinggiran Putra – Dataran Gemilang Putrajaya
  • MRT Putrajaya Sentral – Presint 14 & 16
  • MRT 16 Sierra – Taman D'Alpinia
  • LRT Putra Heights – Rimbayu/Bandar Saujana Putra
  • Stesen Salak Tinggi KLIA Transit – Kota Warisan
  • Kota Kemuning – Gamuda Walk Mall
SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)

Trek

  • Taman Melati – Gombak Setia
  • Bukit Antarabangsa – Setiawangsa
  • Bandar Tun Razak – Taman Midah
  • LRT Sri Petaling – Bandar Sri Petaling
  • Bandar Kinrara – Jalan Puchong
  • Taman Desa – Jalan Klang Lama
  • Taman OUG – Kuchai Lama
  • Pantai Sentral – LRT Universiti
  • LRT Bangsar – Taman Bandaraya
  • Kampung Ampang Indah – Taman Sri Watan
  • Terminal Puchong Utama – Puchong Prima
  • Ampang Hilir – Kampung Datuk Keramat
  • LRT Ampang – Ampang Jaya
SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)

Mobi

  • Bangi – UNITEN
  • Putra Heights – LRT Putra Heights
  • Saujana Utama/Elmina – Jalan Kuala Selangor
  • LRT Glenmarie – MSU, Stadium Shah Alam
  • LRT USJ 21 – One City
  • PJ Sentral – Seksyen 7 & 17
  • MRT Bandar Tun Hussein Onn – Taman Desa Baiduri
  • KTM Kajang – Jalan Reko
  • KTM UKM – UKM
  • Bandar Tasik Kesuma – Bandar Rinching
  • KTM Bangi – Bandar Bukit Mahkota
  • Sungai Way – LRT Taman Paramount
  • KTM Batu Caves – Hab Wira Damai
  • Country Homes Rawang – KTM Rawang
  • KTM Rawang – Taman Garing
  • UiTM Puncak Alam – Puncak Alam
  • Alam Budiman/Setia Alam – Setia City Mall
SAYS.com
Image via Rapid KL (Facebook)

Lihat posting penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: