Ini Cara Buat Aduan Di Aplikasi MyJPJ Jika Ternampak Pengguna Lakukan Kesalahan Lalu Lintas

Ingat, jangan ubah atau edit gambar atau video rakaman anda.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Rise Malaysia & SAYS SEISMIK
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tak perlu marah-marah di jalan raya. Kalau nampak pemandu potong barisan, langgar lampu merah, atau guna lorong kecemasan sesuka hati

Ramai tak tahu yang anda sebenarnya boleh terus buat aduan rasmi melalui aplikasi MyJPJ sahaja.

Mungkin ada yang tidak tahu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada sediakan satu saluran mudah dan sah untuk orang awam lapor sebarang kesalahan trafik secara digital, tanpa perlu ke pejabat atau isi borang panjang berjela.

Hanya guna telefon, bukti boleh dihantar terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.


Apa itu aplikasi MyJPJ?

MyJPJ ialah aplikasi mudah alih rasmi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang membolehkan pengguna:

  • Semak saman dan status lesen
  • Perbaharui cukai jalan atau lesen memandu
  • Dan paling penting — buat laporan salah laku jalan raya dengan bukti gambar atau video

Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple App Store.

SAYS.com
Image via Facebook

Jenis kesalahan yang boleh dilaporkan

JPJ menggalakkan pengguna buat laporan hanya untuk kesalahan yang benar-benar boleh membahayakan pengguna jalan raya lain, contohnya seperti:

  • Guna lorong kecemasan tanpa sebab
  • Potong barisan atau guna laluan bertentangan
  • Langgar lampu isyarat merah
  • Memotong sebelah kiri
  • Guna telefon bimbit semasa memandu
  • Memandu secara berbahaya atau melulu
  • Tidak memakai tali pinggang keledar atau topi keledar

Langkah-langkah buat aduan melalui aplikasi MyJPJ


1. Muat turun dan daftar akaun

SAYS.com
Image via SAYS SEISMIK
  • Buka Play Store / App Store
  • Cari dan muat turun aplikasi "JPJ Info"
  • Daftar akaun dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan seperti dalam MyKad

2. Pilih menu 'e-Aduan@JPJ'

SAYS.com
Image via SAYS SEISMIK
  • Log masuk ke aplikasi
  • Di paparan utama, tekan ikon atau menu 'e-Aduan@JPJ'.

3. Pilih jenis kesalahan

SAYS.com
Image via SAYS SEISMIK
  • Pilih jenis kesalahan yang anda ingin buat aduan
  • Pastikan aduan lengkap dengan bahan bukti

4. Isikan maklumat kejadian

SAYS.com
Image via SAYS SEISMIK
SAYS.com
Image via SAYS SEISMIK

Isi semua butiran yang diminta seperti:

  • Nombor pendaftaran kenderaan (wajib)
  • Tarikh, masa, dan lokasi kejadian
  • Jenis kesalahan (pilih dari senarai)
  • Penerangan ringkas (contoh: "Kereta potong barisan di Jalan Tun Razak arah KLCC")
  • Lampirkan foto atau rakaman pendek (maksimum 10MB) yang jelas menunjukkan kesalahan
  • Pastikan bukti menunjukkan nombor plat kenderaan dengan jelas

5. Semak dan hantar aduan

SAYS.com
Image via SAYS SEISMIK
  • Semak semula maklumat yang diisi
  • Tekan 'Hantar'
  • Anda akan terima notifikasi atau e-mel pengesahan bahawa laporan diterima untuk semakan pihak JPJ

Apa berlaku selepas hantar aduan?

JPJ akan:

  • Menilai kesahihan maklumat dan bukti yang dihantar
  • Jika lengkap, siasatan lanjut akan dijalankan
  • Tindakan saman boleh dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit

Namun, identiti pelapor adalah dirahsiakan, jadi anda tak perlu risau tentang keselamatan diri.

Dengan adanya aplikasi MyJPJ, kita semua boleh bantu tingkatkan keselamatan jalan raya tanpa perlu berdepan risiko sendiri.

Hanya rakam, lapor, dan serahkan pada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: