Individu Kongsi Tips Paling Mudah Masak Nasi Himpit Guna Teknik 5:30:7
Ramai yang dah cuba teknik ni rupanya.
Cover image via @nashnordinn (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apabila bercakap tentang Hari Raya, sudah tentu pelbagai juadah tradisi akan terbayang di fikiran
Antara hidangan yang tidak pernah dilupakan ialah nasi himpit, yang sering dimakan bersama kuah kacang, rendang, serunding atau sate.
Malah pada masa kini, nasi himpit semakin mudah disediakan kerana terdapat banyak pilihan nasi himpit segera yang dijual di pasar raya.
Ia hanya perlu direbus sebelum dipotong dan dihidangkan, menjadikannya pilihan praktikal terutama ketika sibuk membuat persiapan raya.

Teknik buat nasi himpit lebih mudah dimasak
Baru-baru ini, seorang pengguna di Threads @nashnordinn mencuri perhatian ramai apabila berkongsi satu teknik mudah memasak nasi himpit yang dikenali sebagai teknik 5:30:7.
Menurutnya, kaedah tersebut sangat membantu dan menjadikan proses memasak nasi himpit lebih senang berbanding cara biasa.
"Siapa yang ajar teknik 5:30:7 tu. Aku doakan kau masuk syurga tanpa hisab. Memang mantap ya punya mudah dia masak," katanya dalam perkongsian tersebut.
Tambahnya, cara penyediaannya juga sangat mudah. Mula-mula, didihkan air sehingga benar-benar menggelegak sebelum memasukkan nasi himpit dan merebusnya selama lima minit.
Selepas itu, tutup api dan biarkan periuk dalam keadaan tertutup selama 30 minit tanpa dibuka. Kemudian, hidupkan semula api dan rebus nasi himpit selama tujuh minit lagi. Akhir sekali, angkat dan biarkan ia sejuk seperti biasa sebelum dipotong untuk dihidangkan.


Walaupun ringkas, teknik ini dipercayai memudahkan proses memasak nasi himpit dengan masa yang lebih teratur, sekali gus mengelakkan nasi daripada terlalu lembik atau tidak masak sempurna.
Menariknya, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna lain turut berkongsi pengalaman menggunakan teknik yang sama. Rata-rata menyatakan kaedah 5:30:7 itu memang memudahkan kerja di dapur dan memberikan hasil nasi himpit yang cantik serta padat.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



