ICE-WATCH Malaysia Perkenal 3 Koleksi Terbaru, Ini Yang Kami Rasa Sesuai Dengan Personaliti Anda
Koleksi mana satu yang jadi pilihan korang?
Cover image via Nany Rahman/ SAYS SEISMIK & ICE-WATCH MalaysiaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
ICE-WATCH Malaysia baru-baru ini meraikan pelancaran koleksi jam tangan terbaharunya iaitu ICE smart TKS 2.0, Chouchou dan ICE Mimi dalam sebuah acara eksklusif yang berlangsung di Vernakular Store baru-baru ini
Pelancaran ini menandakan satu lagi pencapaian penting buat jenama berkenaan dalam mengukuhkan kehadirannya di pasaran tempatan. Acara tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Sri Meer Habib, pemilik ICE-WATCH Malaysia dan Time Zone Sdn. Bhd., bersama rakan media, KOL serta rakan strategik jenama.
Menariknya, koleksi baharu ini mengetengahkan evolusi ICE-WATCH dalam menggabungkan rekaan kontemporari, inovasi teknologi dan elemen gaya hidup moden.
Ia sekali gus mencerminkan komitmen jenama untuk terus menawarkan jam tangan yang bergaya, versatil dan mudah diakses oleh semua peringkat usia.
Namun, setiap koleksi tampil dengan personaliti dan gaya tersendiri jadi jika anda ingin tahu yang mana paling sesuai dengan citarasa dan gaya hidup anda, teruskan membaca artikel ini!

ICE smart TKS 2.0
Menjadi tumpuan utama pelancaran sudah tentu ICE smart TKS 2.0, ia adalah sebuah jam pintar sebenar yang hadir dengan sentuhan seni pembuatan jam yang kemas dan premium.
Menurut kami, jam ini memang dicipta untuk mereka yang sentiasa sibuk, kerap berurusan dengan gajet dan sukakan aksesori yang versatil serta sentiasa up to date. Koleksi ini ada dua design tali jam berbeza iaitu stainless steel dan leather strap.
Apa yang lagi best mengenai jam ini ia membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan, membaca mesej, memantau aktiviti harian serta menjejak kadar denyutan jantung, semuanya terus dari pergelangan tangan.
Tak payah pening nak cari jam lain untuk event berbeza. ICE smart TKS 2.0 ini hadir dengan touch screen yang sangat lancar dan dail yang boleh korang ubah ikut cita rasa. Pakai masa kerja nampak profesional, pakai masa santai pun nampak smart.
Harga: RM829.00 hingga RM969.00


Chouchou
Beralih ke koleksi seterusnya, ICE-WATCH turut memperkenalkan Chouchou, jam tangan berbentuk cincin yang tampil unik dan berani, sekali gus mengubah cara kita melihat masa sebagai satu bentuk perhiasan fesyen.
Dengan rekaan watch case yang halus, dail yang minimal dan tali stainless steel boleh regang. Ia juga sesuai digayakan sendirian atau dipadankan bersama aksesori lain.
Jadi, bagi kami, jam ini memang sesuai digayakan secara uniseks lelaki atau wanita, kedua-duanya boleh memakainya. Ringkas, bergaya dan tetap cantik dipandang.
Harga: RM459.00


ICE Mimi
Menjadi pelengkap koleksi ini ialah ICE Mimi jam tangan minimalis yang nipis dan tampak elegan.
Terus terang, kami rasa rekaan ini memang lebih ngam untuk wanita, dengan sentuhan feminin yang lembut dan kemas.
Reka bentuknya yang ringan dan halus menjadikan ICE Mimi mudah digayakan setiap hari, sama ada untuk kerja atau aktiviti santai. Ringkas tanpa membosankan, jam ini sesuai untuk mereka yang menghargai kesederhanaan dengan identiti tersendiri.
Harga: RM549.00


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



