Ibu Berbangsa Cina Pilih Tadika PASTI Untuk Sekolah Anak Raih Perhatian Ramai

Kanak-kanak berkenaan mula bersekolah di tadika itu pada November 2025 ketika berusia dua setengah tahun.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @joeychan427 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan seorang ibu berbangsa Cina yang memilih untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) telah mencetuskan perbincangan hangat serta pelbagai reaksi dalam kalangan warganet baru-baru ini

Zhu Er Chan yang berusia 31 tahun menjelaskan bahawa keputusan untuk mendaftarkan anaknya, Low Zi Kang, 3 tahun, ke PASTI Cha'ah di Johor dibuat kerana dia perlu menetap di kampung halamannya selama kira-kira tiga bulan.

Dalam tempoh tersebut, dia berusaha mencari tadika yang bersedia menerima kemasukan murid bagi tempoh yang singkat, namun hanya pusat pendidikan prasekolah milik PAS itu yang menunjukkan kesediaan untuk menerima kehadiran anaknya.

Meskipun pilihan tersebut kelihatan luar biasa bagi sesetengah pihak, faktor ketersediaan dan fleksibiliti pihak pengurusan PASTI dalam menerima kemasukan jangka pendek menjadi sebab utama Zhu Er Chan memilih institusi tersebut demi kelangsungan pendidikan anaknya sepanjang dia berada di sana.

"Sebab utama saya menghantar anak ke Tadika PASTI adalah kerana saya perlu pulang ke kampung saya (Cha'ah) buat sementara waktu iaitu sekitar tiga bulan untuk menguruskan urusan keluarga.

"Saya gembira anak saya dapat belajar agama Islam sejak kecil. Ini adalah satu pengalaman yang baik buat kami,"
katanya kepada Malaysiakini.

SAYS.com
Image via @joeychan427 (TikTok)

Kehadiran disambut baik oleh rakan-rakan dan guru

Sejak mula bersekolah pada November 2025 ketika berusia dua setengah tahun, kanak-kanak yang mesra disapa "Kang Kang" ini menunjukkan perkembangan yang sangat memberangsangkan.

Sepanjang hampir tiga bulan di sana, ibunya, Zhu Er, menyedari perubahan positif pada emosi dan tahap pembelajaran awal anaknya itu.

Malah, Kang Kang kini sudah mula menguasai perkataan asas dalam Bahasa Melayu serta menunjukkan minat yang tinggi dalam menyanyikan lagu dan menari mengikut irama Melayu.

"Walaupun hanya untuk tempoh tiga bulan, saya melihat perubahan yang sangat memberangsangkan. Sejak belajar di sini, anak saya kelihatan sangat gembira.

"Dia boleh sebut 'ibu', 'duduk' dan kira satu sampai lima walaupun dia baru umur tiga tahun," katanya.

SAYS.com
Image via @joeychan427 (TikTok)

Mengenai suasana di tadika, Zhu Er menceritakan bahawa Kang Kang disambut dengan penuh mesra oleh guru-guru serta rakan sekelas yang amat menyenangi kehadirannya di situ.

"Setiap pagi anak saya sampai depan pintu, ramai yang keluar jemput, cium dan salam dengan dia," tambahnya.

Walaupun begitu, beliau tidak menafikan adanya reaksi bercampur-campur daripada masyarakat bukan Islam, malah ada segelintir pihak yang menghantar mesej peribadi bagi menyuarakan ketidaksetujuan mereka.

Enggan memanjangkan isu, Zhu Er memilih untuk tidak melayan komen negatif tersebut dan berharap agar orang ramai dapat saling menghormati perbezaan agama, budaya, serta keputusan peribadi setiap individu.

SAYS.com
Image via @joeychan427 (TikTok)
SAYS.com
Image via @joeychan427 (TikTok)

Lihat video di bawah:

@joeychan427

#throwback Hari pertama sesi persekolahan 2026. 🥰🫶🏻 #lagumelayuygsayapalingsuka

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik