Hukum Dedah Konflik Rumah Tangga Di Media Sosial -“Tak Semua Perkara Layak Jadi Content”
Harap perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan sebagai panduan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam dunia serba digital hari ini, media sosial sudah menjadi tempat ramai orang meluahkan perasaan termasuk hal peribadi, bahkan masalah rumah tangga

Gambar sekadar hiasan.
Image via mStarTetapi, sejauh mana tindakan mendedahkan konflik suami isteri di platform awam ini dibenarkan dari sudut Islam?
Menurut laporan Kosmo!, Islam melihat hubungan suami isteri sebagai sesuatu yang suci dan penuh rahmah. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 187:
"Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka".
Ungkapan 'pakaian' menggambarkan betapa pasangan suami isteri sepatutnya saling melindungi dan menjaga kehormatan antara satu sama lain. Maka bila salah seorang memilih untuk mendedahkan aib pasangannya di media sosial, ia ibarat merobek 'pakaian' yang sepatutnya menutup aurat dan maruah diri.
Rasulullah SAW tegur perbuatan menyebar rahsia pasangan
Rasulullah SAW juga menegaskan dalam hadis riwayat Muslim:
"Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki (suami) yang bergaul dengan isterinya kemudian menyebarkan rahsia isterinya".
Hadis tersebut bukan hanya khusus untuk lelaki, ia juga mengingatkan semua pasangan agar tidak menjadikan hal dalam kelambu sebagai bahan tontonan umum. Apa lagi jika ia disiarkan dengan niat memburukkan pasangan.
Media sosial bukan mahkamah syariah

Gambar sekadar hiasan.
Image via Berita HarianApabila seseorang memuat naik hal rumah tangga ke media sosial, ia jarang membantu menyelesaikan masalah. Sebaliknya, ia membuka ruang fitnah, salah faham dan komen yang menambah luka.
Lebih malang, maruah keluarga tercalar dan hubungan yang mungkin masih boleh diselamatkan terus musnah akibat tekanan awam. Setiap paparan, komen dan share akan kekal di dunia digital walaupun kita sudah memadamnya.
Islam tidak pernah menafikan hak seseorang untuk menuntut keadilan jika dizalimi. Namun, cara untuk menegakkan kebenaran mesti berlandaskan adab dan syariat.
Menurut pandangan ulama, membuka aib seseorang hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu seperti bila mahu mengadu kezaliman, meminta nasihat hukum, atau mendapatkan penyelesaian daripada pihak berautoriti. Bukan dengan cara meraih simpati awam atau mencipta konten yang viral.
Sebagai contoh, hadis riwayat Bukhari menceritakan bagaimana Hindun isteri Abu Sufyan pernah mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa suaminya kedekut. Baginda tidak menegurnya kerana aduan itu dibuat dengan tujuan mencari penyelesaian, bukan memburukkan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 