Harian Metro Anjur Larian Active Rings KL 2025, Seru Rakyat Amalkan Gaya Hidup Sihat

Program ini meneruskan kesinambungan kejayaan Harian Metro Batik Run yang sebelum ini berjaya menarik ribuan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harian Metro terus menggalakkan gaya hidup sihat dengan penganjuran Larian Active Rings Kuala Lumpur 2025 yang dijadual berlangsung pada 9 November depan, bertempat di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Acara sejauh 5 kilometer (km) itu bakal memeriahkan ibu kota dengan suasana penuh semangat apabila peserta dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang dijangka turun padang seawal jam 7 pagi untuk sesi flag-off.

Penganjuran ini bukan sekadar acara larian biasa, tetapi inisiatif Harian Metro bagi memupuk budaya hidup aktif dan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat bandar yang sering berdepan gaya hidup sibuk.

SAYS.com
Image via ASYRAF HAMZAH/ Harian Metro

Kembali dengan sentuhan lebih segar, tampil dengan konsep interaktif

Kali ini, Harian Metro Active Rings Run kembali dengan sentuhan lebih segar, menampilkan konsep interaktif bagi menggalakkan masyarakat terus kekal aktif, bergerak dan cergas dalam rutin harian.

Bukan sekadar larian, acara ini turut menawarkan pengalaman menyeluruh daripada pameran kecergasan, sesi interaktif kesihatan, sehinggalah ruang bergambar eksklusif yang direka khas untuk memeriahkan suasana.

Ia menjadi platform riadah yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut mempererat hubungan keluarga dan rakan-rakan.

SAYS.com
Image via ASYRAF HAMZAH/ Harian Metro

Menariknya, peserta turut berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk LED TV 43 inci, jam tangan pintar, peranti pintar dan pelbagai hadiah lain dengan nilai keseluruhan mencecah RM10,000.

Dengan yuran penyertaan hanya RM45, setiap peserta bakal menerima goodie bag bernilai RM25, jersi rasmi eksklusif serta pingat edisi khas yang mengangkat simbolik Menara Berkembar Petronas yang melambangkan semangat warga kota yang aktif dan bertenaga.

Penyertaan kini dibuka dan tempat adalah terhad. Orang ramai boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melalui pautan media sosial Harian Metro, selain terus ke laman web rasmi: https://www.ticket2u.com.my/event/46537/harian-metro-active-rings-run-2025.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: