Harga Iklan Bilik Sewa Ini Buat Ramai Geleng Kepala – “Nak Solat Pun Tak Ada Ruang

Cukup-cukup betul ruang bilik dia tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Trip Advisor & Facebook
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika dahulu orang ramai cari bilik sewa, yang penting murah, selesa dan strategik

Tapi sekarang, dengan kos sara hidup yang makin tinggi, ramai mula perasan iklan-iklan bilik sewa yang kadang-kadang tak masuk akal.

Ada yang harganya tak sepadan dengan saiz, ada pula yang kemudahannya macam 'basic survival mode' saja.

Paling mencuri perhatian apabila baru-baru ini, sebuah iklan bilik sewa yang dikongsi di media sosial telah membuat ramai netizen geleng kepala bukan sebab harga, tapi saiznya yang terlalu kecil sampai ada yang kata ia lebih sesuai dipanggil stor.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via News 7 Wonders

Harga dan saiz bilik yang 'tak masuk akal'

Baru-baru ini, sebuah iklan bilik sewa yang dimuat naik di Facebook berjaya menarik perhatian ramai.

Bukan sebab dekorasi cantik atau lokasi strategik, tapi kerana harga sewanya RM650 yang dianggap tak masuk akal berbanding keadaan bilik tersebut.

Ramai netizen yang meninggalkan komen terkejut dan mempersoalkan bagaimana bilik sekecil itu boleh dikenakan kadar sewa sedemikian.

SAYS.com
Image via Facebook

Malah, ada yang berseloroh mengatakan bilik itu lebih sesuai dijadikan stor berbanding ruang tidur.

"Nak solat pun tak ada ruang," seloroh seorang netizen.

"Beginilah realiti kos hidup di bandar, rasa macam duduk dalam kotak," ujar yang lain.

Fenomena harga sewa yang melambung tinggi ini bukan perkara baru.

Dengan ekonomi yang semakin mencabar dan kos hidup yang meningkat, ramai pemilik rumah cuba 'mark up' kadar sewa demi meraih untung lebih cepat walaupun saiz dan kemudahan bilik langsung tak sepadan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik