Hantar Gambar Haiwan Kesayangan Di ‘Furever Friends’ & Berpeluang Dipaparkan Pada Billboard Di Sekitar KL

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2025. Sertai sekarang!

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS - Furever Friends
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menerusi kempen Furever Friends yang sedang berlangsung, SAYS mengajak rakyat Malaysia untuk berkongsi gambar haiwan kesayangan mereka, dan gambar-gambar terpilih berpeluang dipaparkan di platform SAYS, media sosial, dan papan iklan digital di sekitar Kuala Lumpur

Kempen ini berlangsung hingga 30 September dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kebajikan haiwan serta menggalakkan budaya prihatin, kasih sayang, dan pemilikan haiwan secara bertanggungjawab.

Ia dianjurkan oleh SAYS dengan kerjasama JUICE, Fly FM, dan Lumi News, serta disokong oleh organisasi kebajikan haiwan terkenal seperti A Dog's Life, PAWS, SPCA Selangor, dan TNRM
Malaysia.

Dengan jumlah kes penderaan haiwan yang semakin membimbangkan, Furever Friends ingin mengingatkan masyarakat bahawa setiap haiwan berhak untuk disayangi, dilindungi dan dihormati, tidak kira sama ada mereka tinggal di rumah, pusat perlindungan, ataupun di jalanan.

SAYS.com
Image via SAYS

Inilah masanya untuk tonjolkan si comel anda!

Dalam fasa terbaru kempen ini, rakyat Malaysia diajak menghantar gambar haiwan peliharaan mereka, sama ada bersayap, bersisik, berbulu lebat, atau eksotik, bersama kapsyen ringkas tentang apa erti haiwan itu dalam hidup mereka.

Penyertaan terpilih akan dipaparkan di:


Ini adalah peluang untuk meraikan kasih sayang terhadap haiwan peliharaan, sambil menyampaikan mesej penting bahawa semua haiwan berhak dihargai, tanpa mengira asal-usul mereka.

SAYS.com
Image via SAYS

Cara-cara untuk sertai gerakan dan kempen Furever Friends

Untuk menyertai, layari http://says.com/fureverfriends, muat naik gambar haiwan kesayangan anda, dan sertakan kapsyen atau cerita pendek. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2025.

Kempen ini bukan sekadar tentang gambar-gambar comel, malah ia adalah usaha menggunakan platform digital untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan empati terhadap haiwan. Matlamatnya adalah agar lebih ramai orang mengingati kepentingan melayani haiwan dengan penuh kasih sayang dan rasa hormat apabila melihat gambar-gambar ini dikongsi.

Furever Friends juga mengutamakan isu-isu penting seperti penderaan haiwan, populasi haiwan jalanan yang tidak terkawal, dan keperluan kepada undang-undang yang lebih tegas, selain mengangkat kisah-kisah individu dan komuniti yang berjuang demi kesejahteraan haiwan.

Untuk hantar gambar haiwan anda, ketahui lebih lanjut atau lihat keseluruhan kempen, layari: http://says.com/fureverfriends!

Ikuti @saysdotcom di Instagram dan TikTok untuk kemas kini, paparan haiwan comel, dan kisah inspirasi.

SAYS.com
Image via SAYS – Furever Friends

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: