Hanna Rauda Cetus Fenomena Fesyen, Koleksi Aurora Habiskan 10,000 Meter Kain Menjelang Raya
Selain koleksi runway, Hanna Rauda turut memperkenalkan 24 rekaan baharu di bawah tiga koleksi utama.
Cover image via Hanna RaudaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama busana Muslimah terkemuka, Hanna Rauda, terus mengukuhkan dominasinya dalam industri fesyen tempatan menerusi pelancaran koleksi runway eksklusif yang mengetengahkan konsep Be Spoke
Koleksi ini memberi penekanan khusus kepada elemen kreativiti dan keunikan, memastikan setiap helaian adalah karya seni yang tiada duanya.
Selain koleksi runway, Hanna Rauda turut memperkenalkan 24 rekaan baharu merangkumi tiga rangkaian utama iaitu Warisanku, Pesona, dan Aurora bagi memenuhi permintaan tinggi pelanggan menjelang musim perayaan tahun ini.
Menurut Pengurus Pemasaran & Jualan Hanna Rauda, Alia Athirah Zainudin, kekuatan jenama ini terletak pada gabungan harmoni antara elemen tradisional Melayu dengan sentuhan moden yang sofistikated.
"Istimewa untuk koleksi runway, kami mengambil masa kira-kira seminggu bagi menyiapkan lapan helaian Be Spoke. Kombinasi material pilihan, sulaman halus, serta penggunaan lace eksklusif menjadikan setiap busana mempamerkan keanggunan tersendiri dan memukau pandangan," jelas Alia.

Kepelbagaian pilihan menerusi koleksi Warisanku, Pesona dan Aurora
Selain koleksi runway, Hanna Rauda turut memperkenalkan 24 rekaan baharu di bawah tiga koleksi utama bagi memenuhi permintaan tinggi musim perayaan tahun ini:
- Koleksi Warisanku: Mengekalkan identiti klasik dengan penggunaan material Thai Silk yang berkualiti tinggi dan mesra kulit. Ia menggabungkan elemen tradisional Melayu dengan sentuhan moden, sesuai bagi wanita yang menghargai estetika warisan dalam gaya kontemporari.
- Koleksi Aurora: Diinspirasikan daripada fenomena alam Aurora Borealis, koleksi ini menjadi fenomena sehingga memerlukan penambahan stok kain sebanyak 10,000 meter. Ia menampilkan motif inovatif seperti Strawberry Matcha yang kini menjadi pilihan paling popular.
- Koleksi Pesona: Melengkapkan variasi rekaan Hanna Rauda dengan sentuhan feminin yang kekal elegan.

Hanna Rauda terus mengekalkan kelebihan kompetitifnya dengan menawarkan tempoh siap tempahan yang luar biasa pantas, iaitu dalam masa lima hingga tujuh hari, termasuk bagi koleksi Be Spoke.
Bagi menjamin kualiti dan ketepatan masa, Hanna Rauda telah menambah tenaga mahir dalam bidang jahitan serta pemotongan. Langkah ini memastikan setiap busana yang dihasilkan bukan sahaja siap mengikut jadual, malah mengekalkan kehalusan sulaman yang menjadi identiti jenama tersebut.
"Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap pelanggan menikmati busana yang bukan sahaja cantik dan elegan, tetapi juga selesa digayakan. Gabungan tradisi, inovasi, dan servis pantas menjadi kunci utama mengapa Hanna Rauda terus relevan bagi wanita moden masa kini," tambah Alia Athirah.
Dengan pelancaran koleksi Be Spoke dan rangkaian busana lebaran 2026 ini, Hanna Rauda terus membuktikan bahawa kualiti eksklusif dan kepantasan perkhidmatan boleh berjalan seiring dalam memacu industri fesyen tempatan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



