Gunakan RM100 SARA Dengan Bijak, Ini Tips Untuk Anda Berbelanja Dengan Tenang

Ikut tips ini tak adalah sesak dengan orang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SARA & Utusan Sarawak
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif bantuan kewangan kerajaan yang diwujudkan untuk meringankan beban hidup rakyat berpendapatan rendah, khususnya golongan miskin dan miskin tegar

Melalui program ini, penerima layak akan menerima bantuan tunai atau bentuk sokongan lain seperti pembelian barangan keperluan asas di pasar raya terpilih.

Dengan adanya SARA, kerajaan berharap dapat membantu isi rumah kurang berkemampuan mengurus kos sara hidup yang semakin mencabar, di samping memastikan tiada golongan yang tercicir dalam mendapatkan akses kepada makanan serta keperluan asas harian.

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh data semakan berkala.
  • SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan

Penerima SARA 2025 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.

Barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan boleh dibeli di pasar raya atau kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.

Tip berbelanja SARA:

Pilih masa yang sesuai

Elok rancang awal sebelum keluar membeli. Hari Isnin sampai Khamis biasanya lebih lapang dan tak sesak. Boleh jalan-jalan pilih barang dengan tenang.

    SAYS.com

    Gambar sekadar hiasan.

    Image via Sinar Harian

    Elak waktu puncak

    Kalau nak shopping, elakkan waktu orang ramai. Pagi-pagi hari bekerja selalunya lebih best, troli pun banyak kosong, tak perlu berebut.

    SAYS.com

    Gambar sekadar hiasan.

    Image via Berita Harian

    Elakkan musim cuti

    Masa cuti sekolah atau cuti umum, pasar raya confirm penuh. Kalau tak nak beratur panjang dekat kaunter, sebaiknya tangguh dulu sampai keadaan reda.

    SAYS.com

    Gambar sekadar hiasan.

    Image via TVS

    Jangan panik atau terburu-buru

    Jangan ikut emosi masa shopping. Beli ikut senarai dan keperluan saja. Pastikan barangan yang anda ambil adalah kategori barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan MyKasih.

    SAYS.com

    Gambar sekadar hiasan.

    Image via TVS

    Orang ramai yang menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 tidak perlu tergesa-gesa membelanjakan bantuan tersebut kerana tempoh penggunaannya adalah sehingga 31 Disember 2025.

      Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

      Image via SAYS Seismik
      Read more trending stories on SAYS

      You may be interested in: