Guna Tisu Basah Tak Menyucikan Najis Bayi, Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang Hukum Ini

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk parents di luar sana.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Threads yang mendakwa bahawa ibu bapa tidak sepatutnya mendukung bayi ketika solat

Alasannya adalah kerana najis bayi yang hanya dibersihkan dengan tisu basah dikatakan masih belum suci dari hadas.

Isu tersebut telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ibu bapa. Adakah benar penggunaan tisu basah tidak mencukupi dari sudut penyucian najis menurut hukum syarak?

Menurut laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, najis bayi terbahagi kepada dua jenis utama iaitu:

  1. Najis Mukhaffafah – Merujuk kepada air kencing bayi lelaki berusia bawah dua tahun yang hanya menyusu badan.
  2. Najis Mutawassitoh – Najis biasa yang tidak tergolong dalam kategori najis ringan atau berat.

Cara menyucikan kedua-dua jenis najis ini juga tidak sama. Menurut Habib Hasan Bin Ahmad al-Kaf dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah, najis Mukhaffafah boleh disucikan dengan merenjiskan air yang melebihi kuantiti najis selepas menghilangkan 'ain' dan sifatnya.

Namun untuk najis Mutawassitoh, ia perlu dibasuh dengan air mutlak yang mengalir sehingga hilang warna, bau dan rasa najis tersebut.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via theAsianparent Malaysia

Hanya air mutlak yang boleh menyucikan najis

Air yang digunakan untuk penyucian mesti memenuhi syarat sebagai air mutlak, iaitu suci dan boleh menyucikan.

Air Musta'mal (air yang telah digunakan) dan air Mutaghayyir (yang telah berubah sifat seperti bercampur sabun atau pewangi) tidak lagi dikira sebagai menyucikan najis.

Sekiranya air mutlak tidak dapat diperoleh, Islam membenarkan penggunaan alat lain untuk beristinjak seperti batu, tisu kering atau daun, namun dengan syarat:

  • Alat tersebut suci, bukan najis.
  • Ia mestilah kering dan kesat. Benda basah atau licin tidak sah digunakan.
  • Tidak daripada benda yang dihormati seperti makanan atau tulang binatang.

Namun, adalah lebih baik (afdhal) jika seseorang dapat menghimpunkan kedua-dua kaedah iaitu membersihkan najis dengan alat kesat terlebih dahulu, kemudian menyucikannya dengan air.

Bagaimana pula dengan penggunaan tisu basah?

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via KikkaBooImage via

"Wipe baby merupakan tisu basah mengandungi air sabun atau pewangi yang bertujuan untuk menghilangkan kekotoran. Oleh itu, berpandukan kepada syarat yang di tetapkan syarak, ia hanya dapat menghilangkan kotoran najis, tetapi tidak menyucikan tempat yang terkena najis.

"Namun begitu, dibolehkan untuk menggunakan wipe baby untuk menghilangkan kotoran, kemudian diwajibkan untuk membasuhnya semula dengan menggunakan air mutlak bagi menyucikan najis yang terdapat pada bayi tersebut.

"Sebagai contoh sekiranya seseorang itu melakukan tawaf sambil mendukung bayi yang dibersihkan menggunakan wipe baby, maka tidak sah tawafnya kerana bayi masih tidak suci daripada najis dengan sempurna dan ia dikira sebagai menanggung najis. Oleh itu, sebaiknya menghilangkan ain najis dengan menggunakan wipe baby, kemudian membasuhnya dengan sedikit air mutlak yang mengalir bagi menghilangkan najis secara hukmi. Dan mengeringkannya dengan menggunakan tisu atau kain bersih,"
menurut mufti.

Namun, jika kekurangan air, ibu bapa boleh bersuci menggunakan tisu kering namun mesti memastikan beberapa perkara:

  • Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.
  • Najis tidak merebak ke anggota badan yang lain ketika ia keluar.

"Dan sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat di atas maka wajib ke atasnya bersuci menggunakan air mutlak," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: