Guna 150 Helai Tuala ‘Good Morning’, Aina Abdul Curi Tumpuan Di Pentas Separuh Akhir AJL40

Aina memberitahu, dua minggu masa diperlukan untuk menyiapkan busana kegemarannya itu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan Aina Abdul jika penampilannya tidak mencetuskan fenomena

Terbaru, penyanyi bervokal ampuh ini sekali lagi membuktikan keberaniannya dalam bereksperimen apabila tampil dengan busana unik yang diperbuat sepenuhnya daripada tuala putih 'Good Morning' pada pusingan Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu 40 (SFAJL40), malam tadi.

Busana yang menjadi bualan hangat netizen itu bukan sekadar hiasan, malah membawa simbolik "semangat baharu" dalam perjalanan seni penyanyi lagu Kamu itu.

Menurut Aina, pemilihan konsep tersebut bertujuan mematikan khabar angin bahawa beliau ingin berehat daripada dunia seni.

"Istilah 'Good Morning' itu simbolik. Konsep ini menandakan kemunculan semula saya dengan semangat yang baharu. Kami menggunakan kira-kira 150 helai tuala berkualiti tinggi gred 'Triple A' yang tebal dan sesuai dijadikan material pakaian," jelasnya yang mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan busana kegemarannya itu.

SAYS.com

Aina mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri berjudul Kamu.

Image via TV3Malaysia

Busana unik inspirasi nostalgia zaman kanak-kanak Melinda Looi

Idea luar biasa ini dicetuskan oleh pereka fesyen tersohor, Melinda Looi, yang ingin menyuntik elemen nostalgia ke dalam gaya avant-garde Aina Abdul.

Melinda berkongsi bahawa inspirasi tersebut datang daripada kenangan zaman kecil melihat neneknya menggunakan kain tuala tersebut untuk kegunaan harian di rumah. Beliau mahu mencipta sesuatu yang mempunyai ikatan kekeluargaan dan mudah diingati oleh rakyat Malaysia.

"Saya sendiri terkejut apabila cadangan ini diterima. Walaupun pada awalnya ada keraguan, namun apa yang penting Aina berpuas hati dan tampil yakin dengan rekaan ini," kata Melinda.

Menerusi persembahan malam tadi, Aina mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri berjudul Kamu. Beliau bersaing dengan 12 buah lagu lain pada hari pertama, manakala lapan lagi lagu bakal beraksi malam ini sebelum barisan finalis yang layak ke malam kemuncak AJL40 diumumkan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: