“Girls, Tolong Jangan Malas Tukar Pad!” – Wanita Kongsi Risiko Bahaya Kalau Abaikan Penjagaan Miss V

Benda ni mungkin nampak kecil, tapi impaknya besar.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya ramai yang ambil mudah tentang penjagaan kebersihan ketika haid

Malah, ada yang sanggup pakai pad lebih dari empat jam. Atau lebih teruk, biarkan je pad yang sama seharian sebab fikir haid dah nak habis.

Sebenarnya, tabiat ini sangat berbahaya. Seorang wanita baru-baru ini berkongsi pengalaman peribadi yang buat ramai tersentak.

Dalam perkongsian itu, dia menceritakan tentang rakannya yang didiagnosis kanser rahim selepas kerap pakai pad terlalu lama tanpa tukar.

SAYS.com
Image via @nrlhasnanie_ (Threads)

Bukan sekadar isu kebersihan, tetapi bahaya bakteria dan risiko kanser

Menurut wanita tersebut, ramai tidak sedar bahawa material dalam pad sebenarnya diperbuat daripada pulpa kayu. Bila dibiarkan terlalu lama bersentuhan dengan kawasan sensitif, ia boleh menyebabkan bakteria membiak.

Kesannya, risiko jangkitan meningkat dan dalam kes lebih serius, ia boleh mengundang penyakit lain seperti keradangan atau jangkitan kronik yang berkait dengan sistem peranakan.

SAYS.com
Image via @nrlhasnanie_ (Threads)

Lihat ciapan penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: