Gen Z Catat Kehadiran Tarawih Paling Tinggi Di Masjid TNB Bangsar – “Tahniah Anak Muda!”

Terbaiklah gen Z!

Enlarge text
Cover ImageCover image via myhalalxplorer & Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebelum ini ramai menganggap golongan muda semakin jauh dengan masjid, situasi berbeza pula dapat dilihat di Masjid TNB Bangsar

Masjid tersebut kini tular di media sosial bukan sekadar kerana seni binanya yang moden atau juadah berbuka puasa sedap yang disediakan sepanjang Ramadan, tetapi kerana satu perkara yang cukup luar biasa, iaitu kehadiran Gen Z yang begitu ramai setiap malam!

SAYS.com
Image via myhalalxplorer

Siap ada bancian kreatif depan pintu masjid

Apa yang lagi menarik, pihak masjid mengambil pendekatan unik dengan menyediakan papan tanda bancian di pintu utama. Setiap jemaah hanya perlu tampal pelekat mengikut kategori umur masing-masing. Hasilnya? Memang di luar jangkaan!

Berdasarkan statistik visual tersebut, golongan Gen Z (13 hingga 28 tahun) mencatat jumlah pelekat paling tinggi, jauh mengatasi generasi lain. Di tempat kedua pula ialah Gen Y, manakala Gen Alpha berada di tangga ketiga.

Pendek kata, ruang solat memang dipenuhi dengan golongan anak muda!

SAYS.com
Image via @nasir_misroo (Threads)

Boleh muat hampir 4,000 jemaah dalam satu masa

Untuk info, masjid yang berkeluasan kira-kira 1.67 hektar itu mampu menempatkan hampir 4,000 jemaah dalam satu masa. Tidak hairanlah ia kini menjadi antara pusat ibadah paling meriah di ibu kota.

Setiap malam, suasananya cukup hidup. Daripada solat berjemaah, tarawih sehinggalah aktiviti santai selepas ibadah. Ramai yang datang bukan sahaja untuk beribadah, tetapi juga merasai suasana komuniti yang positif.

Fenomena ini secara tak langsung menepis persepsi bahawa golongan muda semakin jauh daripada institusi masjid.

Syabas kepada Gen Z yang membuktikan komitmen tinggi dalam mengimarahkan rumah Allah SWT. Semoga trend positif ini berterusan dan menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain di seluruh negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: