Pelajar UPSI Buktikan Mampu Belajar Muzik Dari YouTube Je! – "Saya Cari Makan Guna Biola"

Admin suka semangat dia nak cari duit sendiri, semoga terus sukses!

Cover ImageCover image via Harian Metro & 手工小提琴

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau orang lain mungkin tunggu bantuan kewangan, lain pula dengan kisah mahasiswa semester tiga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini

Menurut laporan Harian Metro, Ameer Asyraf Nor Azmi, 22, sanggup menggunakan bakat main biola demi tampung kos pembelajarannya.

Apa yang lebih menarik, dia belajar sendiri main biola hanya melalui YouTube!

Bukan datang dari keluarga senang, Ameer nekad untuk berdikari sejak sekolah lagi. Dari kerja katering, jadi pembantu restoran sampai kerja di kedai serbaneka, semuanya dia pernah cuba.

Tetapi sejak ada kemahiran main biola, Ameer jadikan itu sebagai side income.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Guna duit simpanan sendiri untuk beli biola

"Saya berasal daripada keluarga susah, jadi sudah dididik sejak kecil untuk berusaha sendiri jika mahukan sesuatu.

"Saya sudah terbiasa mencari duit sejak bersekolah lagi, malah pernah bekerja sambilan sebagai kru katering, pembantu di restoran nasi Arab dan kedai serbaneka.

"Jadi, bila sambung pengajian diploma dan ada kemahiran main biola, saya gunakan bakat ini untuk 'cari makan' sebagai pemuzik walaupun masih amatur,"
katanya.

Siapa sangka, dari belajar sendiri kini sampai dapat undangan persembahan!

Walaupun tak semua ibu bapa sokong anak-anak jadi pemuzik, tapi bagi Ameer, bapanya merupakan orang yang paling banyak bagi semangat.

"Emak sokong dan biola saya guna sekarang dibeli secara dalam talian dengan duit simpanan sendiri. Ikutkan tak pandai main biola tapi belajar dengan menonton video di YouTube ketika berusia 18 tahun.

"Disebabkan itu juga, saya pilih main biola selepas sambung pengajian dalam bidang muzik. Sejujur memang gementar awalnya apabila bermain biola depan orang ramai, tapi lama-kelamaan terbiasa dan hilang gementar buat persembahan di depan khalayak ramai.

"Buat masa ini, saya masih belajar, jadi buat secara sambilan. Jika tiada jemputan buat persembahan, saya akan busking selalunya di sebuah pusat beli-belah di Kajang, Selangor untuk cari duit.

"Alhamdulillah, pernah saya dapat antara RM800 hingga RM1,000 hasil persembahan dan busking,"
katanya lagi.

Are you a writer, thinker, or storyteller with a message to share?

Submit your thought pieces, articles, and creative writing for a chance to be published on SAYS. Click the image below for more information:

Image from YouthSAYS
Image via YouthSAYS
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: