Nak Bersalin Di Hospital Swasta Tapi Tak Ada Buku Pink? Jangan Panik, Ini Solusinya!
Swasta pun boleh buka buku pink, guys. Jangan skip info ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda ingin bersalin di hospital swasta tetapi tetap nak buka buku pink (Buku Rekod Kesihatan Ibu), anda masih boleh dapatkannya melalui klinik kesihatan kerajaan (KKM)
Buku pink penting sebab ia direkodkan untuk pemantauan kehamilan oleh kerajaan dan juga diperlukan untuk statistik kesihatan negara.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Klinik AzurozeIni cara-cara mendapatkan buku pink walaupun anda ingin bersalin di hospital swasta:
- Pergi ke Klinik Kesihatan (KKM) berhampiran
– Awal kehamilan (sebaiknya sebelum 12 minggu)
– Bawa kad pengenalan, kad kahwin (jika ada), dan result UPT/scan kehamilan dari klinik/hospital swasta - Maklumkan nak buka buku pink
– Beritahu jururawat di kaunter yang anda akan bersalin di hospital swasta, tapi tetap nak buka buku pink untuk tujuan rekod & pemeriksaan kesihatan. - Pemeriksaan akan dibuat seperti biasa
– Anda akan jalani pemeriksaan rutin seperti tekanan darah, ujian air kencing, ambil darah dan sebagainya. - Lawatan berkala masih dibenarkan jika mahu
– Walaupun rawatan utama anda di swasta, anda masih boleh buat follow up di KKM kalau nak. Tapi tak wajib kalau semuanya sudah dipantau sepenuhnya di hospital swasta.
Kenapa penting ada buku pink?
- Rekod lengkap kehamilan, sekiranya ada kecemasan & perlu ke hospital kerajaan.
- Penting jika nak claim SOCSO, MySalam, atau bantuan kerajaan.
- Digunakan untuk daftar kelahiran anak (JPN minta salinan).
- Memudahkan urusan jika tiba-tiba tukar fikiran nak bersalin di hospital kerajaan.
Jangan risau, buku pink bukan untuk hospital kerajaan je, ia rekod kesihatan rasmi untuk ibu mengandung di Malaysia. Cepat-cepat buka buku pink okay!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Read more trending stories on SAYS
You may be interested in:
MOST READ


Cover image via