Boleh Ke Tuan Rumah Naikkan Sewa Sesuka Hati? Ini Apa Penyewa Patut Tahu
Ketahui apa sebenarnya yang boleh anda lakukan sebagai penyewa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kalau anda menyewa rumah di Malaysia, mungkin anda pernah tertanya, "boleh ke tuan rumah tiba-tiba naikkan sewa tanpa sebarang notis?"
Anda mungkin pernah dengar kisah penyewa yang terkejut bila sewa rumah naik RM500 atau RM1,000 secara mendadak, hanya sebab kawasan jadi makin popular atau ada mall baru buka berhampiran.
Tapi sah ke tindakan macam ni? Jawapannya: boleh, tapi bukan sesuka hati.
Sewa memang boleh dinaikkan, tapi mesti ikut syarat perjanjian sewa dan prinsip asas undang-undang kontrak.

Gambar sekadar hiasan.
Image via GoodmoveKalau masih dalam tempoh kontrak, tuan rumah tak boleh naikkan sewa sesuka hati
Kebanyakan perjanjian sewa di Malaysia adalah kontrak bertempoh tetap (biasanya 1 atau 2 tahun).
Jika perjanjian menyatakan jumlah sewa dalam tempoh itu, tuan rumah tak boleh ubah sebarang jumlah sewa tanpa persetujuan bertulis daripada penyewa.
Ini berpandukan Akta Kontrak 1950 yang menetapkan bahawa sebarang perubahan dalam kontrak perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Bila tempoh sewa tamat, tuan rumah boleh tawar sewa baharu, tapi anda bebas untuk tolak
Apabila tempoh sewa tamat, tuan rumah boleh mencadangkan kadar sewa baharu. Secara teknikal, mereka tak wajib beri notis bertulis, tapi etika sewaan mencadangkan agar notis diberikan sekurang-kurangnya satu kitaran sewa (contohnya, sebulan) sebelum kadar baharu dikuatkuasakan.
Dalam kes ini, ia bukan tentang rundingan, tetapi sebaliknya tuan rumah menawarkan kontrak baharu. Anda, sebagai penyewa, boleh pilih untuk setuju atau keluar dari rumah tersebut.
Tiada kontrak bertulis? tetap perlu ada notis munasabah
Di Malaysia, tidak semua penyewaan formal ditulis secara rasmi, terutamanya untuk bilik atau rumah sewa secara tidak formal. Jika tiada kontrak bertulis, penyewaan biasanya dianggap berasaskan bulan ke bulan.
Dalam situasi ini:
- Tuan rumah tetap perlu beri notis munasabah (biasanya sebulan) sebelum naikkan sewa.
- Anda juga berhak untuk tolak sewa baharu dan keluar dari rumah dalam tempoh notis itu.
Kalau tuan rumah naikkan sewa secara mendadak tanpa sebarang notis, anda boleh bantah secara sah dan minta masa untuk pertimbangkan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Wenjie & CoApa anda boleh buat kalau tuan rumah naikkan sewa tiba-tiba?
- Semak perjanjian sewa – Kalau masih dalam kontrak, tuan rumah tak boleh naikkan sewa tanpa persetujuan.
- Tanya sebab kenaikan – Tanyakan secara baik mengapa sewa dinaikkan (contoh: kadar pasaran semasa, ubah suai rumah, dan sebagainya).
- Runding – Anda boleh buat tawaran balas, contohnya minta kenaikan berperingkat atau ikat tempoh sewa lebih panjang untuk kekalkan kadar lama.
- Sedia keluar – Jika tak setuju, dan kontrak dah tamat, anda boleh cari pilihan lain.
- Pastikan semua dalam tulisan – Walaupun rundingan secara lisan, sebaiknya sahkan semula melalui WhatsApp atau emel.
Tiada undang-undang hadkan sewa di Malaysia buat masa ini
Buat masa ini, Malaysia belum ada undang-undang kawalan sewa (rent control). Ini bermakna tuan rumah bebas tetapkan sewa ikut permintaan pasaran, walaupun di kawasan 'hot' seperti Mont Kiara atau Bangsar.
Namun, kerajaan sedang merangka Akta Sewaan Kediaman (Residential Tenancy Act, RTA) yang bakal menetapkan garis panduan lebih jelas antara penyewa dan tuan rumah. Jika diluluskan, akta ini mungkin akan melibatkan:
- Notis wajib sebelum kenaikan sewa
- Proses rundingan dan penyelesaian pertikaian
- Borang perjanjian standard
Setakat Mei 2025, undang-undang ini masih belum digazetkan. Jadi buat masa ini, prinsip undang-undang kontrak dan amalan biasa masih terpakai.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Magic BricksImage viaFahami perjanjian anda, tahu hak anda, dan runding dengan bijak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via