Cat Fashion Week – TV3 Pencetus Sejarah Pertandingan Fesyen Kucing Pertama Di Malaysia
Inilah masanya untuk si bulus anda menyinar!
Cover image via TV3Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
"Meow Menyala, Gaya Membara!"

TV3 dengan bangganya mempersembahkan Cat Fashion Week, sebuah program berkonsepkan fesyen bertemakan kucing yang diadakan khusus untuk mencari si bulus dan tuannya yang paling bergaya dan penuh pesona, bagi dinobatkan sebagai bintang TV3!
"Meow Menyala, Gaya Membara!" ialah tagline rasmi yang menggambarkan kucing-kucing penuh gaya, melangkah dengan penuh keyakinan dan penampilan mencuri tumpuan yang membakar pentas peragaan.

Sesi uji bakat dalam talian
Ahad lalu, 22 Jun 2025, sesi Pre-Judging berlangsung melibatkan Top 20 peserta (pemilik kucing & kucing) yang bersaing untuk merebut tempat dalam Top 8. Mereka yang terpilih akan mara ke pentas akhir bagi merebut gelaran juara serta hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
Pelbagai baka kucing dapat dilihat dalam Top 20 ini, antaranya Persian, Domestic Long Hair, Local Breed, British Shorthair, Ragdoll, Burmilla, Siberian dan Domestic Short Hair.

Cat Fashion Week bakal menemui penonton di kaca televisyen dengan paparan perjalanan Top 8 finalis dari awal hingga ke malam penentuan. Berikut ialah perinciannya:
1. Segmen khas Cat Fashion Week dalam program NONA
TX: 29 Jun – 17 Ogos 2025
Setiap Ahad, 2pm
3min x 8eps
Segmen khas selama 8 minggu dalam rancangan NONA akan memperkenalkan Top 8 kucing yang telah disenarai pendek.
2. Kapsul eksklusif Cat Fashion Week
TX: 27 Julai – 10 Ogos 2025
Setiap Ahad, 7.50pm
10min x 3eps
Dalam kapsul eksklusif ini, penonton akan mengikuti perjalanan Top 8 kucing terpilih dari sesi Pre-Judging hingga ke malam akhir, menyaksikan setiap langkah yang diambil oleh pemilik mereka dari menghadiri sesi taklimat, merancang busana, hinggalah membuat persiapan untuk tampil di pentas peragaan.
3. Pentas Akhir Cat Fashion Week
TX: 17 Ogos 2025
Ahad, 9pm
60min x 1ep
Malam kemuncak menyaksikan para finalis bersaing, diserikan dengan persembahan artis tempatan dan hos selebriti bagi menobatkan juara Cat Fashion Week.


Cat Fashion Week disokong oleh penaja Felix, serta rakan media rasmi Hot FM dan SAYS
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


