Wanita Kentut Sama Banyak Dengan Lelaki & 8 Lagi Fakta Tentang Kentut Yang Anda Perlu Tahu

Siapa geng kuat kentut sila hadir!

Cover ImageCover image via Jamu Mak Dara

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kentut mungkin kelihatan memalukan, tapi ia sebenarnya adalah isyarat penting bahawa sistem penghadaman anda sedang berfungsi dengan baik

Sebenarnya, tak ramai yang tahu terdapat banyak fakta menarik tentang kentut yang berkait rapat dengan kesihatan kita.

Jom tengok antara sembilan fakta tentang kentut yang anda perlu tahu di bawah:

Gambar sekadar hiasan.

Image via mStar

1. Kentut 10 hingga 25 kali sehari adalah normal

Menurut Public Health Malaysia, kentut bukan petanda tak sopan. Malah, ia adalah proses semula jadi dalam badan.

Pakar gastroenterologi berkata, adalah normal untuk seseorang kentut antara 10 hingga 25 kali sehari, bergantung pada apa yang kita makan dan bagaimana sistem penghadaman kita bekerja. Kentut menandakan bahawa usus anda tengah aktif dan bakteria baik dalam sistem pencernaan sedang bekerja memproses makanan.

2. Bau busuk kentut datang dari gas sulfur

Bau 'menyengat' itu berpunca daripada hidrogen sulfida iaitu sejenis gas yang terbentuk apabila badan kita mencerna makanan yang kaya dengan sulfur.

Antara makanan paling berbau bila dicerna termasuklah telur, bawang, brokoli, kubis, dan daging merah. Makin banyak anda makan makanan ini, makin tinggi kemungkinan bau kentut jadi lebih kuat.

3. Anda masih boleh kentut walaupun sedang tidur lena

Salah satu fakta menarik tentang kentut ialah, walaupun kita tak sedar, badan tetap aktif semasa tidur. Usus tetap bergerak dan otot di kawasan dubur lebih relaks, jadi kentut boleh berlaku secara automatik tanpa disedari.

Inilah sebabnya kadang-kadang kita bangun pagi dengan rasa lega di perut!

4. Kentut senyap selalunya lebih busuk dari yang berbunyi

Bunyi kentut bergantung pada tekanan gas dan kelajuan keluarannya. Kentut yang perlahan dan senyap biasanya bermaksud ia bergerak dengan lebih lama dalam usus dan memberi lebih masa untuk gas sulfur terkumpul.

Jadi jangan tertipu, yang tak berbunyi tu biasanya paling 'menyengat' baunya!

5. Kentut tak berbau selalunya berpunca daripada udara yang ditelan

Kadang-kadang perasan tak kentut kita tidak berbau pun? Sebenarnya, kita telan udara tanpa sedar, seperti contoh bila minum guna straw, makan terlalu cepat, atau banyak bercakap semasa mengunyah.

Udara ini tak dapat diserap dalam badan, jadi ia keluar semula melalui kentut atau sendawa. Bezanya, kentut dari udara biasanya tak berbau, sebab tiada penglibatan bakteria usus.

6. Wanita kentut sama banyak dengan lelaki

Kajian menunjukkan tiada beza signifikan antara jumlah kentut lelaki dan wanita. Tetapi disebabkan norma sosial, ramai wanita lebih cenderung untuk menahan atau melepaskannya secara senyap. Jadi, kalau anda rasa perempuan tak kentut, anda salah!

7. Kentut berlebihan boleh jadi tanda masalah kesihatan

Awas! Kalau rasa asyik nak kentut sepanjang hari tanpa henti, itu mungkin tanda badan anda cuba beritahu sesuatu.

Ia boleh jadi simptom intoleransi laktosa, IBS (Irritable Bowel Syndrome), sembelit, atau masalah penghadaman lain. Kalau dah ubah diet tapi masih kentut berlebihan dan perut tak selesa, lebih baik anda berjumpa dengan doktor.

8. Lebih tinggi serat dalam makanan, lebih kerap anda kentut

Makanan yang penuh serat sangat penting untuk sistem penghadaman, tapi ia juga tidak dicerna sepenuhnya di usus kecil. Bila sampai ke usus besar, bakteria akan menapai serat dan proses ini akan menghasilkan gas.

9. Stress dan emosi juga boleh mempengaruhi corak kentut

Perasaan dan emosi bukan hanya memainkan peranan dalam mood, tetapi juga dalam sistem penghadaman. Tekanan sebenarnya boleh mengganggu pergerakan usus dan meningkatkan pengeluaran gas, terutama bagi anda yang ada IBS.

Jadi, jangan pandang pelik kalau orang sekeliling anda terkentut. Itu tandanya dia sihat! 😛

Image via GIPHY

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: