Gambar ‘Pre-Convo’ Graduan USIM Di Gunung Bromo Raih Perhatian Netizen Indonesia
Kreatif betul pose masing-masing!
Cover image via dikaa.lensFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai graduan biasanya sanggup melaburkan sedikit wang untuk sesi fotografi pra-konvokesyen sebagai kenangan sebelum menerima sijil, diploma atau ijazah
Tidak hairanlah jika pelbagai idea menarik muncul bagi merakam detik manis bersama rakan seperjuangan sebelum semuanya membawa haluan masing-masing ke dunia pekerjaan pula.
Baru-baru ini, sekumpulan graduan dipercayai dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencuri perhatian warganet dari Indonesia apabila memilih lokasi yang cukup luar biasa untuk sesi bergambar mereka di kawasan Gunung Bromo di Jawa Timur.
Perkara itu didedahkan oleh jurugambar Indonesia yang menerima permintaan tersebut dan rakaman yang dimuat naiknya kini sudah mencecah lebih 1.7 juta tontonan di TikTok
Melalui video dan foto yang dikongsi, graduan berkenaan kelihatan merakam kenangan berlatarbelakangkan panorama Gunung Bromo yang menakjubkan, menjadikan visual mereka lebih unik dan menonjol.
Jurugambar tersebut turut berjaya menggabungkan kehadiran graduan sebagai fokus utama dengan keindahan landskap semula jadi di sekeliling mereka. Setiap graduan tampil dengan gaya tersendiri, menghasilkan gambar yang dramatik, spontan, dan penuh emosi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



