Gadis Kongsi Kisah Diselamatkan 4 Ekor Anjing Masa Diganggu Geng Motor Di Lorong Gelap

Menurut gadis itu, kejadian yang berlaku kepadanya seakan sama seperti muzik video Wanita daripada kumpulan In Team.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kadang-kadang, bantuan dari Allah SWT datang dalam cara yang tidak disangka-sangka

Begitulah pengalaman yang pernah dilalui oleh seorang gadis ini semasa dia berumur 16 tahun.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Wanie Piee di laman Threads baru-baru ini, gadis itu berkata kisah itu berlaku di sebuah lorong gelap dalam kawasan bandar.

"I pernah lalu satu lorong gelap. Selalunya I lalu siang, cerah. I was 16 years old. Tapi hari tu sampai lambat. Around 8pm. Mmg gelap situ walaupun dalam bandar. Tengah jalan tiba tiba ada sekumpulan geng moto datang," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via CariDotMy

Difahamkan, geng motosikal itu tiba-tiba mengepungnya

Menurut gadis itu lagi, lampu dari motor mereka membuatkan matanya jadi kabur dan dia terus berdoa pada Allah SWT agar dirinya dilindungi.

Namun, apa yang terjadi selepas tu buat dia tidak percaya. Empat ekor anjing tiba-tiba datang dan mengejar geng motor itu sehingga mereka beredar dari lorong gelap tersebut.

"Tetiba kan, ada 4 ekor anjing datang. Kejar geng moto tu. came back to me, Ikut I jalan, sampai la I sampai simpang jalan besar. My mum's boutique just across the road. Benda nak jadi, dekat pun boleh tau. Aku nangis sakan sebab anjing tu selalu kejar aku. But that day, they walked with me!" katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Sarawak

"Terus aku p beli makanan bagi. Terharu sangat. Allah sent help to protect me. I was humbled, I appreciate every little thing that Allah has given me. That was a memorable experience for me," katanya lagi.

Lihat ciapan penuh di bawah:

SAYS.com
Image via @waniepiee (Threads)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via Image via