Gadis Belarus ‘Tersesat’ 10KM, Akhirnya Dapat Mak Angkat Di Terengganu

Siap hantar nasi kerabu lagi, untungnya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @exploella (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang gadis dari Belarus mencuri perhatian ramai di media sosial selepas berkongsi pengalaman luar biasa ketika bercuti di Terengganu

Menerusi perkongsian di Instagram, gadis yang dikenali sebagai Ella menceritakan detik yang berlaku pada September 2025.

Ketika itu, Ella sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Terengganu dengan menaiki bas. Namun lain pula yang terjadi apabila dia tidak sedar tertidur sehingga pemandu bas juga tidak menyedari kehadirannya di stesen terakhir.

Lebih mengejutkan, Ella hanya tersedar apabila bas sudah berada di kawasan parkir kira-kira 10 kilometer dari bandar. Akibatnya, dia terpaksa berjalan sejauh 5 kilometer sebelum akhirnya mendapat bantuan tumpangan ke pusat bandar Kuala Terengganu.

Ketika sedang bersarapan, seorang wanita tempatan yang tidak dikenali tiba-tiba menegurnya dan memulakan perbualan

Siapa sangka, pertemuan singkat itu menjadi titik permulaan hubungan rapat. Wanita tersebut yang dikenali sebagai Puan Pauziah, dengan baik hati menawarkan diri untuk membawa Ella berjalan-jalan sekitar Kuala Terengganu.

Sepanjang berada di sana, Ella dibawa melawat pelbagai tempat menarik termasuk pantai sekitar Terengganu, Masjid Terapung, dan kilang batik tempatan.

Malah, keesokan harinya mereka keluar makan malam bersama seperti keluarga sendiri.

Hubungan mereka semakin rapat apabila Puan Pauziah turut membawa Ella ke Pulau Kapas. Di sana, Ella meluangkan masa selama dua minggu, berkenalan dengan penduduk tempatan serta pelancong lain.

Apa yang lebih menyentuh hati, Puan Pauziah beberapa kali datang melawat Ella di pulau tersebut, siap bawa makanan tempatan seperti nasi kerabu!

Walaupun Ella sudah pulang, hubungan mereka tidak terhenti di situ. Menurutnya, selepas tujuh bulan, Puan Pauziah masih bertanya khabar dan menghantar ucapan 'Selamat Pagi' di WhatsApp.

Lihat posting di bawah:

Instagram will load in the frontend.
Image via

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: