FRIM FPS Kini Diiktiraf Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO Yang Ke-6 Di Malaysia

Untuk rekod, Malaysia kini telah memiliki enam lokasi yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FRIM (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor (FRIM FPS) kini secara rasminya telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) baru-baru ini

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan penyenaraian itu diumumkan pada 11 Julai lepas semasa Persidangan ke-47 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang berlangsung dari 6 hingga 16 Julai di Ibu Pejabat UNESCO di Paris, Perancis.

Menurut kenyataan itu lagi, perkara berkenaan diputuskan 21 ahli Negara Anggota Jawatankuasa Warisan Dunia, setelah usaha pencalonan tapak itu bermula sejak 2013.

SAYS.com

'Forest Skywalk' yang dikenali Jejantas Rimba antara salah satu tarikan yang terdapat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Image via Bernama
SAYS.com
Image via FRIM (Facebook)

"FRIM FPS adalah tapak yang istimewa dan menjadi antara inisiatif terawal pemulihan ekosistem hutan tropika berskala besar melalui penanaman semula pokok di bekas kawasan perlombongan bijih timah.

"Usaha ini telah menetapkan penanda aras antarabangsa melalui kejayaan penghasilan satu ekosistem yang hampir menyamai hutan hujan tropika semula jadi, lengkap dengan kepelbagaian spesies pokok yang tinggi serta kaya dengan komposisi biodiversiti," kata kenyataan itu.

Malaysia secara keseluruhan berjaya menyenaraikan enam lokasi dalam negara sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Untuk rekod, Malaysia kini telah memiliki enam lokasi Tapak Warisan Dunia UNESCO, antaranya:

1. Taman Kinabalu (2000)
2. Taman Negara Gunung Mulu (2000)
3. Bandar Bersejarah Selat Melaka – Melaka dan George Town (2008)
4. Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012)
5. Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah (2024)
6. Forest Research Institute Malaysia Forest Park Selangor – FRIM FPS (2025)

Hingga kini, sejumlah 1,223 tapak di seluruh dunia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia 1972.

SAYS.com
Image via FRIM (Facebook)

Tambah kenyataan itu lagi, penyenaraian FRIM FPS membuktikan komitmen berterusan negara dalam melindungi dan memelihara tapak semula jadi serta budaya yang mempunyai nilai sejagat luar biasa dan secara tidak langsung dapat meningkatkan visibiliti Malaysia di mata dunia.

"Kementerian ini juga optimis pengiktirafan ini akan menyuntik nilai tambah yang signifikan kepada FRIM FPS sebagai salah satu produk pelancongan utama di Selangor.

"Selaras dengan pelaksanaan Visit Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Selangor 2025, kejayaan ini diharap dapat meningkatkan kedatangan pelancong luar negara ke Malaysia sekali gus menyumbang penjanaan ekonomi Malaysia khususnya komuniti setempat," ujar kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
    Read more trending stories on SAYS

    You may be interested in: