Flat Kos Rendah Jadi ‘Hotel Mewah’ Hasil Sentuhan Gotong-Royong Penduduk

Walaupun golongan B40, penduduk tetap mahu rasa tinggal di tempat eksklusif.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @boy_hafizz (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa sangka sebuah flat kos rendah boleh berubah wajah jadi ala-ala hotel mewah?

Itu yang terjadi di Flat Seri Perantau, Klang, apabila lif Blok G kini
tampil ceria, bersih dan penuh identiti tersendiri hasil usaha komuniti.

Blok sembilan tingkat yang menempatkan 148 unit kediaman itu sebelum ini kelihatan biasa dan agak usang. Tetapi kini, setiap aras mempunyai tema unik tersendiri, lengkap dengan dekorasi kreatif hasil tangan penduduk sendiri.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Blok G, Norazman Abd Wahab yang mengambil alih tanggungjawab sejak 18 Januari lalu berkata, projek tersebut bukannya mudah.

Namun semangat gotong-royong penduduk berjaya menukar wajah lif yang suram menjadi lebih selesa dan menarik.

"Kami ambil masa sebulan, kebanyakan kerja dilakukan malam hari kerana ramai yang bekerja siang. Tapi setiap aras kini ada identiti tersendiri," katanya.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Difahamkan, persatuan blok menyediakan RM300 bagi setiap tingkat, manakala penduduk menambah sendiri jika perlu

Semua kerja dilakukan secara sukarela, dari membersihkan kawasan, menanggalkan kotoran lama hingga mengecat semula dinding.

Untuk menaikkan semangat, persatuan turut menganjurkan pertandingan antara tingkat. Menurut Norazman, inisiatif itu bukan sahaja memupuk persaingan sihat, malah mengeratkan hubungan kejiranan. Hasilnya, koridor dan lif yang dulu suram kini ceria, bersih dan memikat.

Kini, Blok G bukan sahaja menjadi kebanggaan penduduk, malah pengunjung yang melalui kawasan itu turut terpukau dengan transformasi hampir menyerupai hotel bertaraf sederhana.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: