Durian Ganja, Pelangi & 5 Lagi Jenis Durian Rare, Mahal Yang Ramai Tak Pernah Rasa

Sekarang waktu yang tepat untuk cuba semua jenis durian ni!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Canva
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bila sebut pasal durian, mesti ramai yang akan terbayangkan Musang King, Udang Merah, D24 dan beberapa jenis mainstream yang lain

Ada yang berharga ratusan ringgit sekilo, tapi tetap jadi buruan peminat tegar durian.

Malaysia memang syurga durian, dari jenis kampung yang murah sampai lah ke baka eksotik yang dijaga dan dijual dengan harga tinggi. Tapi bukan semua orang tahu, ada beberapa jenis durian yang sangat rare dan hanya ada di tempat tertentu atau musim yang pendek je.

Ini senarai durian rare dan mahal kat Malaysia yang mungkin belum pernah korang rasa, tapi wajib masuk bucket list!

1. Durian Black Thorn (Duri Hitam)

SAYS.com
Image via DurianBB World

Antara durian termahal di Malaysia. Teksturnya halus, rasa manis berlemak. Durian ini berasal dari Pulau Pinang dan dikenali dengan nama "Ochee". Kulitnya kehijauan tapi isi oren pekat yang sangat padu. Rasanya seimbang, tak terlalu manis, ada sedikit pahit dan sangat berlemak.

Harga: Boleh cecah RM80–RM120 sekilo!

2. Durian Tupai King

SAYS.com
Image via wowberita

Nama unik, tapi rasanya memang luar biasa. Durian asal dari Pahang ini dikatakan lebih sedap daripada Musang King oleh sesetengah peminat. Isinya tebal dan rasa lemak manis yang tak mudah dilupakan. Disebabkan pengeluaran terhad, harganya memang mahal.

Harga: RM100++ sekilo.

3. Durian Duri Hitam Merah

SAYS.com
Image via Shopee

Versi lebih rare daripada Duri Hitam biasa, dengan isi kemerahan. Masih misteri dari segi asal-usul, tapi apa yang pasti, isi merah ini buat ramai teruja. Tekstur lebih padat dan rasa lebih 'berminyak'.

Harga: Dijual sampai RM150 sekilo kerana terlalu susah nak jumpa.

4. Durian Pelangi (Rainbow Durian)

SAYS.com
Image via jualpohon.com

Ada tiga warna dalam satu buah iaitu kuning, oren dan putih.
Durian unik ni cuma boleh didapati di Sabah, dan ia bukan hasil kacukan makmal tetapi memang semula jadi! Setiap warna dikatakan ada sedikit perbezaan rasa, dan keunikan inilah yang buatkan ia sought-after.

Harga: Boleh cecah RM200 sebiji, bergantung pada saiz.

5. Durian Ganja

SAYS.com
Image via Wong Durian House 黄家果园 (Facebook)

Nama je kontroversi, tapi bukan bermaksud ada dadah ya. Ia diberi nama sedemikian kerana aromanya yang sangat 'kuat' dan rasa yang 'mengkhayalkan' penggemar durian. Popular di Kelantan dan Selatan Thailand, durian ini makin susah dicari.

Harga: Boleh cecah RM70 sekilo!

6. Durian Tembaga Merah

SAYS.com
Image via Year of The Durian

Isi merah pekat yang sangat rare dan hanya tumbuh di hutan tertentu. Durian jenis liar dari Sabah dan Sarawak ini jadi rebutan pengumpul. Tak ada ladang komersial, jadi bergantung pada hasil hutan. Isinya unik dan rasa earthy, lemak pahit.

Harga: Tak menentu, kadang-kadang RM300++ sebiji di pasaran eksklusif.

7. Durian Udang Merah Premium

SAYS.com
Image via NMS Durian

Versi elit kepada durian Udang Merah biasa. Rasanya lebih manis dan lebih lemak. Ditanam secara terhad di Balik Pulau, Pulau Pinang. Kulit hijau tua, isi merah jingga dan rasa yang creamy gila. Disebabkan permintaan tinggi dan bekalan sikit, ia dijual dengan harga premium.

Harga: RM90–RM130 sekilo!

Yang mana pernah korang rasa? Atau semua pun belum cuba lagi?

Kalau ada rezeki, dapat rasa satu pun dah cukup. Apa-apa pun, pastikan beli dari sumber yang dipercayai dan jangan tertipu dengan durian palsu ya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: