DoubleTree By Hilton Damai Laut Resort: Destinasi Sempurna Untuk Percutian Bersama Keluarga
DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort terletak di pantai barat negeri Perak berdekatan Lumut.
Cover image via Akmal Redzwan/SAYS SeismikFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam kehidupan bandar yang penuh sesak dengan kesibukan, bunyi hon kenderaan, dan jadual yang padat, impian untuk melarikan diri ke destinasi yang tenang dan mendamaikan sering kali bermain di fikiran
DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort adalah jawapan kepada impian itu, menawarkan sebuah 'city escape' yang sempurna untuk keluarga yang ingin berehat dan menyegarkan semula minda.
Terletak di Lumut, Perak, resort ini terasa seperti sebuah syurga tersembunyi, jauh dari hingar-bingar kota. Suasananya yang tenang dan damai, dikelilingi oleh kehijauan hutan hujan tropika dan pantai persendirian, menyediakan suasana yang ideal untuk memutuskan hubungan dengan tekanan harian dan sebaliknya, menghubungkan semula dengan alam dan keluarga.

Seawal ketibaan, suasana mesra dan profesional sudah terasa. Proses daftar masuk berjalan lancar, dan perhatian istimewa diberikan kepada anak-anak dengan pemberian signature chocolate chip cookies mereka yang terkenal!
Sentuhan kecil ini berjaya menceriakan suasana dan membuatkan kami sekeluarga berasa dialu-alukan. Malah, terdapat juga booth 'cotton candy' yang disediakan oleh pihak hotel untuk para pengunjung cilik.
Bilik dan fasiliti mesra keluarga
Di sini, anda disambut bukan sahaja dengan senyuman mesra yang menandakan permulaan percutian yang selesa. Bilik-bilik yang luas dan selesa direka untuk menawarkan ketenangan dengan pemandangan Laut Selat Melaka atau taman yang menghijau yang jauh lebih menenangkan daripada pemandangan bangunan-bangunan pencakar langit.

Selain itu, resort ini juga lengkap dengan kemudahan yang direka untuk semua peringkat umur. Terdapat kolam renang Splash dengan gelongsor air yang menyeronokkan dan juga pusat kecergasan (Fitness Center) untuk mereka yang ingin kekal aktif.
Aktiviti untuk semua peringkat usia
Tiada masa untuk bosan di sini! DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk setiap peringkat usia. Anda boleh menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti sukan air seperti banana boat atau menunggang basikal (caj sewaan dikenakan). Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh menaiki bot untuk aktiviti snorkeling sambil meneroka pulau-pulau kecil di sekitarnya.


Pada waktu petang pula, anda boleh nikmati pemandangan matahari terbenam yang memukau di pantai persendirian. Kawasan pantai yang terpencil ini menawarkan pemandangan Selat Melaka yang tenang dan ideal untuk berjalan-jalan santai.
Tetamu di Executive Lounge juga boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang mempesonakan sambil menikmati minuman percuma.
Kids Club khas untuk kanak-kanak dan eforea Spa buat ibu bapa manjakan diri

Bagi kanak-kanak, Kids Club di sini bukan sekadar ruang bermain biasa. Ia dilengkapi dengan Mini Cinema yang menayangkan filem kanak-kanak dan juga konsol permainan PS4, memastikan si kecil sentiasa terhibur dan selesa dalam persekitaran yang selamat.
Bagi ibu bapa yang benar-benar ingin memanjakan diri, eforea Spa adalah destinasi wajib. Diiktiraf sebagai salah satu daripada 100 Spa Terbaik Dunia 2024, eforea Spa menawarkan rawatan kesihatan premium menggunakan produk Kerstin Florian.
Anda boleh memilih pakej istimewa yang merangkumi lawatan spa, urutan eforea signature sense (60 minit), serta rendaman kaki kelapa yang menenangkan. Ini adalah peluang sempurna untuk memulihkan tenaga dan merehatkan minda.

Pengalaman kuliner yang menggoda selera
Sebuah percutian tidak lengkap tanpa hidangan yang lazat. Di DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort, anda tidak perlu risau tentang pilihan makanan. Nikmati sarapan pagi dan tengah hari di restoran Makan Kitchen yang menyajikan pelbagai hidangan buffet menggoda selera.
Untuk makan malam, anda sekeluarga boleh menikmati hidangan istimewa di restoran Hot Pot. Memandangkan Perak terkenal dengan hasil lautnya yang segar, anda boleh merasai sendiri pengalaman 'hot pot yang penuh dengan pelbagai hidangan.


Dengan persekitaran yang tenang, layanan mesra, kemudahan yang lengkap dan aktiviti yang menyeronokkan. DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort adalah tempat yang sempurna untuk anda melarikan diri dari kesibukan kota.
Ia bukan sekadar percutian, tetapi satu perjalanan untuk menyegarkan semula jiwa, mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan pulang dengan semangat yang baharu.
Untuk maklumat lanjut, atau untuk membuat tempahan, anda boleh mengunjungi www.damailautresort.doubletreebyhilton.com atau hubungi +605 5684 3333.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



