Dobi Jepun ‘Spa’ Untuk Plushie Jadi Tular, Mainan Lama Kembali Seperti Baharu

Servis itu termasuk mandian wap dan cucian buih lembut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via FMT
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah perkhidmatan dobi unik di Jepun mencuri perhatian ramai apabila menawarkan rawatan ala spa khas untuk mainan lembut seperti patung plushie

Menurut laporan FMT, daripada Pikachu yang lusuh, beruang teddy yang sudah pudar, hinggalah patung kesayangan yang kotor, semuanya boleh kembali cantik selepas melalui proses pembersihan teliti oleh pakar.

Masakazu Shimura, seorang profesional pembersihan dengan pengalaman lebih 30 tahun, menunjukkan kepakarannya apabila membersihkan patung Pokemon yang masih dalam keadaan baik.

Dia memberikan 'mandian wap', diikuti cucian buih lembut dan memberus dengan penuh cermat seolah-olah menjaga bayi yang baru lahir.

SAYS.com
Image via FMT

Rakaman video yang memaparkan layanan rapi terhadap plushie di tempat kerjanya, Cleaning Yonmarusan, menjadi tular di media sosial. Keunikan servis ini bukan sahaja memikat peminat plushie, malah menarik pelanggan dari seluruh dunia.

Menggunakan pengalaman luasnya membersihkan pelbagai jenis fabrik daripada kemeja hingga khemah perkhemahan, Shimura memastikan setiap mainan dibersihkan dengan teknik sesuai mengikut material.

"Semasa mencuci dengan tangan, saya akan rasa jenis material dan menilai keadaannya. Saya urut perlahan dengan tangan ketika mencuci," katanya.

Shimura merupakan antara kira-kira sedozen pakar pembersihan bertauliah di Yonmarusan, sebuah rangkaian dobi di wilayah Yamanashi, barat Tokyo.

Walaupun perkhidmatan mencuci mainan ini sudah wujud sejak beberapa dekad lalu, permintaan melonjak drastik sejak kebelakangan ini hasil tular di media sosial, ditambah pula dengan minat tinggi generasi Gen Z terhadap plushie serta budaya Jepun yang menggemari benda comel.

Kini, lebih 10,000 patung dibersihkan setiap tahun, berbanding hanya sekitar 1,200 setahun sedekad lalu

SAYS.com
Image via FMT

Malah, ada pelanggan yang sanggup datang ke Jepun semata-mata untuk mendapatkan servis ini.

"Sepanjang mainan mereka dicuci, mereka akan melancong di Jepun. Di akhir perjalanan, mereka ambil semula patung sebelum pulang," kata pengurus perhubungan awam syarikat, Hisako Mori.

Menariknya, ada pelanggan yang meminta agar kesan calar atau contengan pada patung tidak dihapuskan kerana ia menyimpan nilai sentimental.

"Barang-barang ini menyimpan kenangan istimewa. Untuk pakaian pun sama, tetapi bagi patung, ia lebih bermakna kerana pelanggan melihatnya seperti ahli keluarga," jelas Shimura.

Katanya lagi, proses ini memerlukan fokus tinggi kerana setiap patung membawa nilai emosi tersendiri.

"Apabila pelanggan gembira dengan hasilnya, di situlah kami rasa kepuasan yang sangat mendalam," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: