Di Sebalik Kekurangan Terserlah Semangat, Lelaki Hidap Cerebral Palsy Beri Inspirasi Ramai
Dia sebelum ini merupakan pelajar di UniSZA selama empat tahun.
Cover image via @ak_aslamm (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cerebral palsy adalah sekumpulan gangguan neurologi yang menjejaskan pergerakan, keseimbangan, dan postur badan
Ia berpunca daripada kerosakan otak yang berlaku semasa perkembangan awal kanak-kanak, sebelum atau sejurus selepas kelahiran.
Individu yang menghidap cerebral palsy seringkali perlu menghadapi cabaran harian yang pelbagai, termasuk menjalani sesi terapi fizikal dan pekerjaan yang intensif, menggunakan peralatan sokongan seperti kerusi roda atau alat bantuan berjalan, dan mengadaptasi persekitaran mereka untuk mencapai tahap kebebasan dan kualiti hidup yang optimum.
Namun, semangat seorang pekerja universiti awam penghidap cerebral palsy tidak pernah luntur.
Rutin hariannya yang dikongsi telah mengundang kekaguman dan menjadi sumber motivasi kepada ramai kerana kegigihannya yang luar biasa.

Banyak kongsi aktiviti harian di media sosial
Kehidupan seharian pekerja kurang upaya (OKU) ini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dikongsikan melalui akaun TikTok @ak_aslamm, memaparkan keupayaannya menjalankan aktiviti harian seperti individu lain, sekali gus memecahkan stigma.
Difahamkan, dia sebelum ini merupakan pelajar di UniSZA selama empat tahun.
Setelah menamatkan pengajian, dia berpeluang diserap bekerja di universiti tersebut untuk sementara waktu.
"Alhamdulillah saya berkesempatan diberikan peluang untuk bekerja di UniSZA untuk sementara waktu dulu. Terima kasih pihak @uniszaedumy sudi menerima saya bekerja di sini di UniSZA," katanya.
Perkongsian beliau telah meraih perhatian dan pujian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen memberikan kata semangat serta meluahkan rasa syukur dan inspirasi atas kegigihan beliau.
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



