Demi Perut Kempis, Ramai ‘Korbankan’ Kesihatan Tanpa Sedar Bahaya Teh Detoks
Jangan mudah terpedaya dengan janji manis "teh kurus" kalau tak nak buah pinggang atau usus merana.
Cover image via Liv Hospital (Gambar sekadar hiasan) & Gambar janaan AIFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
"Saya minum teh detox ni, memang lawas! Sehari lima kali membuang. Perut kempis!"
Ayat ini mungkin biasa kita dengar, malah ada yang bangga berkongsi pengalaman tersebut.
Namun hakikatnya, cirit-birit berterusan bukan tanda badan semakin sihat sebaliknya isyarat bahawa usus sedang berada dalam tekanan serius.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, ramai tidak sedar bahawa kebanyakan produk teh kurus atau detox segera di pasaran sebenarnya mengandungi bahan julap (laxative) seperti Senna atau Rhubarb dalam dos yang tinggi.
Bahan ini memaksa usus bekerja secara agresif, menyebabkan pembuangan air besar berlaku berulang kali dalam tempoh singkat.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KompasApa yang berlaku pada usus bila dipaksa 'lawas' setiap hari?
Apabila usus dipaksa membuang secara berlebihan dan berterusan, dinding usus akan mengalami pigmentasi kekal.
Warna asalnya yang merah jambu dan sihat akan berubah menjadi hitam dan gelap, menyerupai sisik ular atau kulit harimau bintang.
Dalam dunia perubatan, keadaan ini dikenali sebagai Melanosis Coli satu kesan sampingan serius akibat penggunaan julap jangka panjang.
Ini kesan jangka panjang yang ramai tak ambil peduli
- Usus jadi 'malas' (Lazy Bowel)
Apabila berhenti mengambil teh detox, usus gagal berfungsi secara normal. Akibatnya, sembelit kronik boleh berlaku kerana usus sudah "lupa" cara bekerja sendiri. - Saraf usus boleh rosak
Penggunaan julap berlebihan boleh merosakkan saraf yang mengawal pergerakan usus, menjadikan proses pembuangan semakin bermasalah. - Risiko kesihatan lebih serius terlepas pandang
Dinding usus yang terlalu gelap menyukarkan doktor mengesan tanda awal polip atau kanser semasa prosedur kolonoskopi.
Lemak tidak hilang melalui najis. Apa yang keluar hanyalah air, mineral dan kesihatan usus anda. Perut mungkin kelihatan kempis sementara, tetapi kerosakan yang berlaku boleh bersifat jangka panjang.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Katy GastroJika mahu usus kekal sihat:
- Amalkan pengambilan serat daripada buah dan sayur
- Minum air secukupnya
- Ambil probiotik semula jadi
- Biarkan usus berfungsi secara normal, bukan dipaksa cirit setiap pagi.
Kurus yang sihat tidak datang daripada penderitaan dalaman. Jaga usus kerana bila ia rosak, kesannya bukan sehari dua.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



