Dadi Cinema Ucap Selamat Tinggal Kepada Pavilion KL, Bakal Diganti Pawagam Baharu

Pihak pengurusan menjelaskan bahawa langkah transisi ini mencerminkan dedikasi berterusan mereka.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Lowyat & Tourism Malaysia
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rangkaian pawagam Dadi Cinema mengumumkan bahawa cawangannya di Pavilion Kuala Lumpur akan menamatkan operasi susulan tamat tempoh penyewaan premis

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram hari ini, pihak pengurusan memaklumkan hari terakhir operasi di cawangan tersebut adalah pada 4 Mac, manakala pawagam itu akan ditutup secara rasmi bermula 5 Mac 2026.

"Dengan hati yang berat, kami ingin memaklumkan bahawa cawangan Pavilion KL akan menamatkan operasi berikutan tamatnya tempoh penyewaan," menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, pihak Dadi Cinema turut merakamkan penghargaan kepada para pelanggan atas sokongan yang diberikan sepanjang tempoh operasi di lokasi berkenaan.

Walau bagaimanapun, Dadi Cinema memaklumkan bahawa cawangannya di Dadi Central Square, Kedah akan terus beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas dengan penutupan tersebut.

SAYS.com
Image via @dadicinema_my (Instagram)

Bakal diganti dengan pawagam TGV

Susulan penutupan tersebut, pengurusan Pavilion Kuala Lumpur mengesahkan bahawa rangkaian panggung wayang TGV Cinemas bakal memulakan operasinya di lokasi ikonik berkenaan pada Mei ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pengurusan menjelaskan bahawa langkah transisi tersebut merupakan cerminan kepada dedikasi berterusan mereka.

"Peralihan ini mencerminkan dedikasi berterusan kami untuk bekerjasama dengan jenama-jenama yang dipercayai bagi meningkatkan lagi pengalaman di Pavilion KL," jelas kenyataan tersebut.

SAYS.com
Image via @pavilionkualalumpur (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: